|
IPOH – Pintu Liga Perdana 2022 semakin mengamit Perak FC apabila tumpas 0-3 kepada Selangor FC di Stadium Perak, sebentar tadi.
Kekalahan kelima berturut-turut itu menyaksikan pasukan The Bos Gaurus kekal pada kedudukan ke-11 dengan 13 mata.
Turun dengan misi mengutip mata penuh, anak buah Mohd. Shahril Nizam Khalil mempamerkan semangat juang kental untuk menyaingi pelawat selama 45 minit.
Dalam tempoh itu tuan rumah mencipta peluang tetapi Muhammad Adib Abdul Ra’op gagal menyudahkan peluang pada minit ke-31.
Lima minit kemudian Mohd. Nor Hakim terlepas peluang buat gergasi merah.
Namun, Oliver Buff meletak pelawat di hadapan apabila rembatan leretnya menewaskan Muhammad Azri Ghani pada minit ke-42.
Tiga minit kemudian Ifedayo Olusegun menanduk masuk gol kedua pelawat sejurus sebelum rehat.
Perak cuba bangkit pada babak kedua tetapi segala usaha mereka tidak berjaya.
Sebaliknya, Selangor membunuh semangat tuan rumah apabila Ifedayo menyempurnakan penalti pada minit ke-59 untuk melengkapkan kemenangan Selangor FC. -K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi (kanan) mengawal bola dari pemain Perak Fc, Jad Noureddin (kiri) dalam perlawanan Liga Super 2021 di Stadium Perak, Ipoh hari ini. -Foto ZULFACHRI ZULKIFLI |
|
|
|
|
|
|
| |
|