View: 730|Reply: 1
|
Serba tidak menjadi - Dollah
[Copy link]
|
|
Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh kecewa dengan prestasi skuad itu apabila tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata, segalanya serba tidak menjadi terutama pada babak kedua apabila lawan berjaya menjaringkan dua gol.
"Kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain ialah pada babak kedua menyebabkan lawan mendapat dua gol mudah.
"Dua gol itu menyebabkan kita menerima padah dan misi mengutip tidak mata tidak kesampaian di laman sendiri," katanya.
Dollah berkata, skuad kendaliannya itu bermain baik terutama pada 20 minit terakhir separuh masa pertama dengan mencipta beberapa peluang untuk menghasilkan gol.
Bagaimanapun, katanya, prestasi itu tidak dapat dikekalkan pada babak kedua yang menyebabkan lawan membawa pulang tiga mata.
"Ketumpulan jentera serangan juga antara faktor kerana saya lihat mereka sukar untuk menjaringkan gol pada perlawanan ini (malam tadi).
"Pada sesi latihan saya turut memberikan fokus kepada bahagian serangan untuk memastikan mereka berada pada prestasi yang diharapkan.
"Tetapi pemain gagal untuk menjaringkan gol dan terpaksa akur tewas kepada KL City," katanya.
Pada perlawanan malam tadi, dua gol yang dijaringkan KL City pada babak kedua menyebabkan Sri Pahang gagal mengutip mata di laman sendiri.
Dua gol itu, masing-masing satu dijaringkan Romel Morales dan Zhafri Yahya pada minit ke-49 dan 70.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
PENGENDALI Sri Pahang FC, Dollah Salleh. FOTO Asrol Awang |
|
|
|
|
|
|
| |
|