CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2228|Reply: 17

McDonald's akan bagi free 60,000 burger McChicken pada 31 Ogos ni

[Copy link]
Post time 19-8-2021 11:40 PM | Show all posts |Read mode
McDonald's Malaysia semarak semangat kemerdekaan menerusi karnival pandu lalu
Haikal Raman
Ogos 19, 2021 20:34 MYT

Kuala Lumpur: Bersempena dengan hari Kemerdekaan Negara ke-64, McDonald’s Malaysia menganjurkan Karnival Pandu Lalu yang berlangsung di seluruh negara sepanjang bulan ini.
Karnival yang berlangsung di semua 202 buah rangkaian McDonald’s pandu lalu itu juga selaras dengan usaha syarikat dalam mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran bagi segmen tersebut.
Pengarah Kanan Operasi McDonald’s Malaysia, Felina Lim berkata, pihaknya ingin menyemarakkan lagi sambutan tersebut secara selamat dan mudah untuk pelanggan.

“Kami menawarkan pelbagai promosi menarik sempena karnival ini selain aktiviti menyeronokkan di restoran-restoran pandu lalu bagi membolehkan orang ramai mempamerkan kebanggaan mereka sebagai rakyat Malaysia.
“Dalam memanfaatkan kedudukan sebagai peneraju segmen ini, kami komited untuk meneruskan tawaran pengalaman terbaik kepada para pelanggan di mana sahaja dan pada bila-bila masa,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.

Menurut Felina, perniagaan pandu lalu menjadi komponen penting syarikat terutama dalam menyediakan perkhidmatan cepat, mudah dan selamat kepada pengguna, khususnya ketika tempoh pandemik COVID-19.
“Kami mempunyai sebanyak 202 restoran pandu lalu di seluruh negara dan tahun ini sahaja McDonald’s Malaysia merancang untuk membuka lagi 20 buah rangkaian pandu lalu.
“Sehingga hari ini, sebanyak 70 peratus cawangan McDonald’s di Malaysia adalah restoran pandu lalu dan menyumbang hampir separuh kepada keseluruhan jumlah jualan syarikat,” ujarnya.

Pada hari kemerdekaan, 31 Ogos nanti, McDonald’s Malaysia akan menyambut kibaran Jalur Gemilang dan semangat merdeka dengan memberi sebanyak 60,000 burger McChicken secara percuma kepada para pelanggan yang mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan mereka sebagai tanda semangat kemerdekaan.

Ketika membeli makanan, laungkan "MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!" di kaunter pengambilan Drive-Thru untuk menuntut McChicken percuma. Tawaran ini terhad kepada 300 kereta pertama di setiap restoran.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Karnival Pandu Lalu McDonald’s orang ramai boleh layari laman web rasmi di mcdonalds.com.my.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 11:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamatlah bersesak2 he he

Nasib baiklah saya tak minat makan fast foods ni. Last sekali makan burger McD ...... berbelas tahun sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Drive thru mcd dah sedia panjang kalau takde promo pun. Ada promo double triple ler, tak sanggup bersesak2  dalam kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
beger mcd ni melepet je.. xsdp
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduiii. Mula2 tadi macam nak join. sekali terbayang tangan bertukar tangan nanti..terus tak jadilah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dh dua bulan posa mcdberjaya yach..
xpromo pun dah beratur pjg
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ala takde jalur gemilang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
McChicken dah tak sesedap dulu. Lama da tak makan ayam goreng McD.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sundae stoberi.. my pebret
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
burger kering tak minat la...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
nyam nyam
esok nk mkn mcd lah
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm iols nak mc chiken tapi iols tade bendera. Dolu, dengan patriotiknya, pernah letak bendera atas kete, kesudahannya bertepek di atas jalan raya ditiup angin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2021 07:01 AM | Show all posts
taktik marketing McD berjaya
tak semesti ke McD nanti semata-mata nak seketul burger percuma
sure order yg lain jugak

sama mcm shopping mall
offer harga rendah brg mcm tisu tandas, minyak masak etc
tak kan la pelanggan ke sana semata2 beli brg tu saja
alang2 beli jugak brg lain

tu antara cara nak tarik pelanggan
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 07:59 AM | Show all posts
panjang berjela lah drive thru tu nanti..
yg hari biasa ni pun dah panjang...
ku sanggup order kt kiosk..lg cepat dpt...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Drive thru mcD dkt presint 2,putrajaya ni pjg sentiasa. Bulan posa pun pjg apatah lg hari biasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2021 08:42 AM | Show all posts
Lama dah tak makan McChicken.
Masa mula-mula kenal McDonald's, pandai order McChicken.
Tapi Iols rasa Colonel Burger KFC lagi sedap dari McChicken.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2021 12:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.046203 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list