CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 835|Reply: 1

Man City terdesak mahu sambar Kane

[Copy link]
Post time 13-8-2021 10:45 PM | Show all posts |Read mode
London: Pep Guardiola cukup terdesak mahu mendapatkan tandatangan Harry Kane pada minggu depan.

Pengurus Manchester City itu bimbang bakal melalui awal kempen yang perlahan pada musim baharu.

Berikutan itu, juara Liga Perdana itu mahu segera mendapatkan Kane dari Spurs dengan nilai bidaan £120 juta (RM702 juta).

Perbincangan dijangka akan diteruskan selepas aksi pertama Tottenham, Ahad ini.

Di sebalik masih mempunyai baki kontrak tiga tahun, Kane sudah memberitahu Tottenham yang dia mahu meninggalkan kelab berkenaan untuk memenangi trofi dengan City adalah pilihan utamanya.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy menegaskan beliau tidak akan menjual penyerang berbisa itu dengan harga kurang daripada £160 juta (RM936 juta).

Guardiola mahu perbincangan itu dapat diselesaikan sebelum hari terakhir jendela perpindahan pemain bulan ini kerana beliau sedar City tidak boleh mengharungi kempen sepanjang Ogos tanpa penyerang berkaliber dengan kelab lain turut memperkuatkan pasukan masing-masing.

Kelab Etihad itu masih berharap mereka dapat memberikan pakej yang mampu memuaskan hati Spurs dengan meletakkan harga lebih rendah.

City masih belum mendapatkan pengganti Sergio Aguero dan Guardiola tidak mahu memulakan kempen dengan perlahan seperti musim lalu yang menyaksikan pasukannya menduduki tempat ke-11 selepas lapan perlawanan liga.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2021 10:51 PM | Show all posts

KANE sasaran utama Man City. FOTO Agensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036800 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list