View: 701|Reply: 1
|
Australia sedia jadi tuan rumah Piala Dunia 2034
[Copy link]
|
|
Sydney: Australia merancang untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 atau 2034 bagi meneruskan kesinambungan kejayaan dipilih menganjurkan Piala Dunia Wanita 2023.
Perancangan itu bagi mengubati kegagalan tidak dipilih untuk menjadi tuan rumah pada 2022 yang akhir sekali menjadi milik Qatar.
Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Bola Sepak Australia, James Johnson percaya ini adalah masa yang tepat untuk mencubanya sekali lagi selepas berjaya dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2023 bersama New Zealand dan menganjurkan Olimpik 2032 di Brisbane.
"Kami akan menganjurkan kejohanan yang hebat pada 2023. Kami akan membina legasi di atas kejohanan berkenaan namun kami harus berusaha keras dan ia bakal menjadi batu loncatan di atas penganjuran itu dengan mengadakan lebih banyak kejohanan Fifa.
"Ia seperti satu kebiasaan. Lihat Kanada, yang menganjurkan Piala Dunia Wanita 2015 dan 11 tahun kemudian mereka akan menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama Amerika Syarikat (dan Mexico).
"Begitu juga Brazil mereka menganjurkan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2016," katanya.
Johnson mengakui kejohanan pada 2030 akan ke Eropah atau Amerika Selatan, sama seperti berlaku kepada Qatar, tatkala Australia adalah sebahagian darpada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan 2026 di Amerika Utara.
Ia menyebabkan tuan rumah untuk 2034 masih lagi terbuka.
Perbincangan awal antara Bola Sepak Australia dan pegawai acara utama di negeri sudah berlangsung, jelas bekas ketua bidaan Sukan Olimpik Sydney 2000, Rod McGeoch.
"Saya sudah memulakan kerja untuk 2030, saya merasakan kami sudah bermula dengan baik. Kami sudah memulakan perancangan dan dengan Piala Dunia Wanita 2023, itu adalah peluang besar bagi kami (kerana) Fifa akan mempunyai pejabat di (Sydney)," katanya.
Australia beraksi di empat Piala Dunia terakhir dan berada di landasan terbaik untuk melakukannya buat kali kelima berturut-turut di Qatar.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AUSTRALIA berusaha untuk mencapai impian menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|