CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 619|Reply: 0

[Sarawak] Polis Marin Bintulu rampas 12,000 liter diesel

[Copy link]
Post time 9-8-2021 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Polis Marin Bintulu rampas 12,000 liter diesel

BINTULU: Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak merampas diesel bernilai RM25,800 dari sebuah lori tangki di tepi Jalan Bintulu- Miri, pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Bintulu Asisten Superintendan Ezuandi Bahadin berkata, rampasan pada jam 7.30 pagi itu dilaksanakan oleh lima anggota URM PPM Bintulu dan empat anggota penguat kuasa Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu dalam Ops Kontraban.

“Dalam pemeriksaan, kita menahan sebuah lori tangki dengan muatan 12,000 liter diesel.

“Pemandunya turut ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen atau surat kebenaran menyimpan bahan bakar daripada KPDNHEP,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan itu katanya, pemandu yang merupakan lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kes diserahkan kepada KPDNHEP untuk tindakan lanjut.


suarasarawak.my



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 1.758195 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list