View: 2748|Reply: 19
|
Jodohku suami orang - Haryani
[Copy link]
|
|
Rawang: Andai sebelum ini, dia seorang yang berpandangan sinis terhadap poligami dan lebih memilih perkahwinan monogami namun siapa sangka Haryani Isnin, 44, kini menjadi perunding poligami dan Naib Presiden Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia (PPHM).
Haryani yang gagal dalam perkahwinan pertamanya yang dibina selama 12 tahun dan selepas tiga tahun menjanda akhirnya takdir menentukan dia menjadi isteri ketiga.
"Sebelum ini, saya tiada pengalaman poligami dan selepas menjadi isteri ketiga saya lebih terbuka. Saya juga pernah menjadi janda dan ketika itu memang kita memerlukan seorang lelaki baik serta berkualiti yang dapat membimbing kita menjadi wanita solehah.
"Saya datang dari keluarga yang tidak pernah berpoligami dan saya berterus terang sedang berkawan dengan suami orang, syukur keluarga memahami.
"Proses saya kenal lebih kurang tiga bulan saja dan terus berkahwin, semasa proses taaruf anak saya juga galakkan untuk saya berkahwin dengan suami sekarang," katanya kepada Harian Metro.
Haryani yang menetap di Bandar Tasik Puteri di sini, turut berkongsi pengalamannya menyesuaikan diri hidup bermadu.
"Macam mana saya boleh sesuaikan diri sebab utama kami semua mempunyai matlamat yang sama iaitu mengejar cinta Allah SWT.
"Saya tak kejar cinta suami bila kita mencari cinta Allah dan daripada situ kita mudah untuk melengkapi apa saja kekurangan dan kelebihan semuanya," katanya yang turut mencari calon isteri keempat untuk suaminya.
Menurutnya, isteri lain turut menyokong mencarikan calon isteri keempat untuk suaminya dan kini mereka tinggal berdekatan di taman perumahan yang sama dengan setiap seorang daripada mereka disediakan satu rumah.
Melihat kepada kualiti dan sifat bertanggungjawab suami juga membuka hati Haryani mencarikan jodoh untuk suaminya.
"Pertama saya nampak suami saya ada kualiti yang mana tidak semestinya dari segi kewangan semata-mata kerana ramai juga ada duit, tetapi tidak berjaya berpoligami dengan baik.
"Di peringkat awal, suami memang datang dan berjumpa dengan saya berkongsi cabaran, kekurangan dan kelebihan dia, jadi saya perlu fikir sehabis-habisnya sebelum membuat keputusan berkahwin.
"Syukur, suami bijak menguruskan konflik dalam perkahwinan poligami ini, saya dan madu juga banyak melakukan proses tabayun, duduk berbincang dan bercerita. Oleh itu, kami ambil pendekatan maafkan, lupakan dan bina semula," katanya.
Hakikatnya, Haryani berkata, poligami bukan untuk semua orang kerana poligami adalah orang yang Allah pilih ujian takdirnya begitu.
"Ramai yang memandang serong terhadap poligami dan saya sendiri pernah dikecam apabila berkongsi mengenai kisah bermadu walhal niat saya untuk memberi pendidikan mengenai kebaikan poligami.
"Apa yang saya lihat sisi positif poligami ini sebenarnya ia bukan untuk lelaki, tetapi sebenarnya untuk wanita kerana seronok untuk lelaki sekejap sahaja, sebab poligami ada tanggungjawab dan amanah yang banyak.
"Bagi lelaki bebanan dan tanggungjawab mereka bertambah, tetapi sebaliknya untuk kita wanita.
"Masa kita lebih banyak dan komitmen berkurangan dan kita dapat menambah silaturahim," katanya yang bekerja sebagai pengurus jualan.
Haryani kini bukan sahaja bergerak aktif dalam PPHM, malah dia komited menganjurkan kelas coaching (bimbingan) untuk isteri kedua dan bakal isteri kedua menggunakan tiga modul khusus iaitu modul terapi hati, jodohku suami orang dan fasa-fasa dalam poligami.
Sumber : Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Konon nya je lah kejar cinta Allah tu.. Asalkan ada sebab kan |
|
|
|
|
|
|
|
seronok utk wanita?
dari cite mak mentua aku masa dia kene madu dulu separuh mati makan hati aku rasa. set2 isteri solehah berserah pada kuasa tuhan.
nasib no.2 dah kene cerai. |
|
|
|
|
|
|
|
Malas aku nk baca full. Mmg lah ok dah ko bini ke 3!!!!! Kalau aku duk bini ke 3 pon aku ckp ok jah poligami pasal nk denial. Cuba ko bini pertama lepas tu laki ko kahwin 3 aku nk tgk ko rasa sama ke x???? 1st marriage apsal ko kena cerai??? Laki ada betina lain?? Maksudnya ko x ada la setuju pon poligami ni |
|
|
|
|
|
|
|
Poligami itu halal dan kalau sudah takdir dan jodoh, ndak ada yang bisa menghalang. Poligami itu banyak sekali tantangannya, butuh kesabaran, toleransi dan pengertian. |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 24-7-2021 11:44 AM
Malas aku nk baca full. Mmg lah ok dah ko bini ke 3!!!!! Kalau aku duk bini ke 3 pon aku ckp ok jah ...
Muak pulak. Kalau yg bagi komen je mesti isteri terpaling baru. Setakat ni, takde dengar lagi isteri pertama bagi komen bahagianya bermadu. Bahagia sangat. Banyak masa nak beribadah sbb suami ada kat rumah lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Friska replied at 24-7-2021 03:55 AM
Poligami itu halal dan kalau sudah takdir dan jodoh, ndak ada yang bisa menghalang. Poligami itu ban ...
betul. yg kedua kena berlapang dada dan penuh kesabaran sekiranya yg ketiga hadir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok skandal laki I mak Jan obes Tu join persatuan ni.. untung2 jumpa Bini Yang sanggup berkongsi penis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suamiku suamimu suami dia juga
We all share the same size but mayb dipren strokes
Allah sayang kita semua |
|
|
|
|
|
|
|
Haryani kini bukan sahaja bergerak aktif dalam PPHM, malah dia komited menganjurkan kelas coaching (bimbingan) untuk isteri kedua dan bakal isteri kedua menggunakan tiga modul khusus iaitu modul terapi hati, jodohku suami orang dan fasa-fasa dalam poligami.
byk course yg aku tgk utk kaum wanita jadi isteri solehah etc etc
buat la pulak course utk kaum lelaki jadi anak lelaki, suami dan ayah yang berguna dan bertanggungjawab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Issue sgt sensetif utk Di bincang Kan Di Kala pendemik ni.....
ape hal la plak ko nak share ni semua utk memotivasikan poligami besar besaran ke apa....ko tk tahu ke jantan2 kat msia ni byk tk boleh digunapakai?
Jgn malu Kan kaum wanita yg mane terkandas rumahtangga semata2 ko nak ckp perkahwinan Kali kedua ni Meriah Di sambut seluruh ahli2 keluarga baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
Boring sungguh topic poligami ni. Malas Aku nak baca.
Baru ni Ada orang share video ppuan Yang jadi nombor dua kat wassup.Yang itu pun Aku malas X tengok sampai habis.
Siapakah Yang melukakan hati perempuan.?Seorang perempuan jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang untung lelaki... emmm |
|
|
|
|
|
|
|
Atuk aku kawin dua. Nenek aku first wife. Mmg byk mkn hati. Terpaksa berkorban perasaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ah sudahlah. Bab nikah kahwin tambah bini sampai empat laju je. Bab tanggungjawab dan hak isteri dan anak anak semua buat tak nampak. Lepastu semua benda beban ke bahu org rumah. Nak ajar & jaga anak pun malas. Tau nak kahwin banyak je. Bila bercerai, nafkah pun tak bagi, anak pun tak jenguk. Perangai. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti kena kecam punya la..hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kejar cinta Allah xyah nak poligami bagai.. hidup sendiri pun blh kejar cinta Allah.. yg penting buat byk amal dan beriman serta jaga akidah.. adoiii |
|
|
|
|
|
|
|
sribayu replied at 24-7-2021 02:02 PM
Boring sungguh topic poligami ni. Malas Aku nak baca.
Baru ni Ada orang share video ppuan Yang ja ...
Kalau lelaki yg melukakan hati perempuan,itu gay. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ntah dah brapa kali dah dok gebang pasal poligami ni.. bahagia sana bahagia sini.. smp aku dah blh kenal nama dia. Bangga sgt kot bleh sapu laki org |
|
|
|
|
|
|
|
Pnunggang ugama at it's worst. |
|
|
|
|
|
|
| |
|