View: 4291|Reply: 2
|
Buaya raksasa ancam kota New York
[Copy link]
|
|
Buaya raksasa ancam kota New York
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/buaya17jun.transformed.jpg)
PEMBETUNG yang berselirat di bawah kota metropolitan New York dikatakan menjadi habitat buaya ganas.
GENERASI lama di kota New York, Amerika Syarikat percaya ada buaya raksasa yang mendiami dan berkeliaran dalam pembetung di bawah bandar metropolitan itu sejak kira-kira 70 tahun lalu.
Buaya raksasa itu dikatakan hidup dan merayau-rayau dalam paip panjang dan berselirat itu untuk mencari mangsanya. Mangsa yang ditemui, termasuk manusia, akan diserang dengan ganas sebelum dibaham hidup-hidup.
Lama kisah momokan raksasa itu menjadi igauan ngeri generasi tua terbabit tetapi melewati masa, tidak ramai lagi anak muda di kota itu yang mengetahui kewujudan haiwan ganas berkenaan. Lalu kepada remaja yang tidak mengetahui itu, mereka mula bercerita:
![](https://static01.nyt.com/images/2020/02/26/nyregion/nygator-new/nygator-new-mobileMasterAt3x.jpg)
Semuanya bermula sekitar 1930-an apabila sebuah keluarga berada dari New York memutuskan untuk bercuti di Florida. Ketika percutian itu, mereka menemui beberapa anak buaya yang masih kecil dan teramat comel.
Anak buaya itu kemudian dibawa balik ke New York dan dibela sebagai haiwan peliharaan oleh anak pasangan terbabit. Melewati masa, anak buaya comel itu semakin membesar sehingga tidak lagi sesuai untuk dibela dalam rumah mereka.
Buntu memikirkan masalah itu, pasangan berkenaan bertindak kejam - reptilia itu dibuang menerusi lubang tandas rumah mereka.
Reptilia terbabit bagaimanapun terselamat dan terus hidup dalam pembetung yang tertanam jauh di bawah kota New York itu. Ia memakan sampah dan tikus yang ditemui dan melewati masa, ia semakin membiak menyebabkan semakin banyak buaya yang berkeliaran dalam pembetung berkenaan.
Ketika itulah, sesuatu yang menakutkan diceritakan berlaku. Atas sebab yang tidak dapat dipastikan (mungkin akibat terkena bahan toksik yang dibuang dalam pembetung berkenaan) jasad buaya itu bermutasi dan menjadi semakin besar seumpama raksasa.
Ada juga versi lain mengatakan sebahagian buaya itu menjadi putih kerana membesar dalam pembetung yang gelap sehingga menyebabkan pigmen warna kulit haiwan itu berubah. Mata haiwan itu yang buta tetapi berwarna merah kelihatan menakutkan.
Kumpulan buaya raksasa itu terus hidup dengan menjadikan pembetung yang panjang dan berselirat di bawah kota New York sebagai habitat mereka dan sesiapa yang 'menceroboh' kawasan itu akan diserang dan dibaham dengan kejam.
Pada mulanya, ramai pihak tidak percaya akan kewujudan koloni reptilia ganas berkenaan sehinggalah pada awal 1930-an apabila beberapa buaya dilihat berenang di Sungai Bronx. Beberapa ekor daripadanya ditemui mati di tebing sungai manakala seekor berjaya ditangkap. Haiwan itu dipercayai keluar dari pembetung dan memasuki sungai berkenaan. Malah, satu lagi penemuan dilaporkan akhbar New York Times pada 10 Februari 1935.
Menurut laporan bertajuk `Buaya Dijumpai Dalam Pembetung Di Pinggir Bandar' itu, beberapa remaja yang sedang menyodok salji bagi membersihkan Jalan East 123, ternampak suatu benda besar bergerak dalam pembetung yang terbuka penutupnya.
Mereka meneliti dengan lebih dekat dan didapati benda bergerak itu adalah buaya raksasa sepanjang 2.3 meter. Haiwan itu tersekat dan gagal bergerak.
Remaja terbabit menarik keluar haiwan itu menggunakan tali tetapi sebaik terlepas, buaya berkenaan pantas membaham seorang daripada mereka. Cemas dengan keadaan itu menyebabkan mereka memukul buaya itu bertalu-talu dengan penyodok masing-masing sehingga mati.
Kewujudan koloni buaya dalam pembetung di bawah New York turut diakui bekas Penguasa Pembetungan kota itu, Teddy May. Dalam buku `The World Beneath The City' yang diterbitkan pada tahun 1959, May dilaporkan berkata, pada tahun 1935, beberapa pekerjanya melaporkan mereka menjumpai buaya di dalam pembetung kota berkenaan.
Pada mulanya beliau tidak percaya dan menganggap pekerja berkenaan mabuk sehingga tidak mengetahui apa yang dilihat mereka. Apabila pekerja terbabit mempertahankan dakwaan itu dan menegaskan mereka tidak mabuk, May berkata: "Aku akan turun sendiri dan buktikan kepada kamu semua bahawa tiada buaya dalam pembetung aku!"
Dengan semangat berkobar-kobar, beliau turun dan meninjau kawasan pembetung berkenaan tetapi ketika itulah dia tergamam. Dia melihat sendiri banyak buaya besar sepanjang lebih dua meter di dalam paip pembetung berkenaan. Semua buaya itu kemudian dibunuh dengan racun tikus selain ditembak dengan senapang.
Hari ini, pihak berkuasa kota New York mengesahkan tiada lagi koloni buaya wujud dalam pembetung di bawah kota itu tetapi siapa tahu, mungkin masih ada segelintir buaya yang terselamat daripada dibunuh 70 tahun lalu dan melewati masa, ia mungkin kembali membiak dengan banyaknya.
INFO
Kisah kewujudan buaya raksasa dalam pembetung di bawah kota New York tersebar dengan meluas sekitar 1960-an tetapi kalangan skeptikal menganggap ia sekadar momokan dan rekaan kerana buaya tidak sesuai hidup dalam pembetung berikutan suhu yang panas di situ sepanjang tahun.
Kewujudan buaya raksasa turut dikisahkan di beberapa negara lain, termasuk di negara ini iaitu buaya `Bujang Senang' di Sarawak. Buaya juga dipercayai mendiami pembetung bawah kota Constantinople pada Empayar Byzantine.
Kisah buaya raksasa dalam pembetung New York dipercayai mencetus idea penghasilan animasi terkenal, Ninja Turtle selain difilemkan iaitu `Alligator' pada tahun 1980 dan 'Alligator II: The Mutation' pada tahun 1991.
Sumber:https://www.bharian.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
baca artikel ni, patut lah rasa ala2 jalan citer Alligator je …tapi citer Alligator tu, kalu tgk skrg, mesti rasa cam bodoh je agaknya![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|