CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 0

Kalajdzic sasaran baharu Chelsea

[Copy link]
Post time 22-7-2021 08:02 PM | Show all posts |Read mode

KALAJDZIC menjadi sasaran utama Chelsea pada jendela perpindahan selepas sukar mendapatkan Haaland selain bersedia melepaskan Werner dan Abraham.

Kalajdzic sasaran baharu Chelsea

LONDON – Chelsea menjadikan penyerang Stuttgart, Sasa Kalajdzic sebagai sasaran utama pada jendela perpindahan kali ini selepas usaha mendapatkan bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland dilihat sukar.

Pemain yang memiliki ketinggian dua meter itu menjadi pilihan kedua The Blues berdasarkan rekodnya bersama Stuttgart apabila berjaya meledak 16 gol dalam 33 aksi Bundesliga.

Chelsea mungkin perlu me-nunggu sedikit masa memandang-kan Stuttgart juga dikatakan tidak bersedia untuk melepaskan pemain antarabangsa Austria itu.
Pasukan yang berpangkalan di Stamford Bridge itu terdesak untuk memperkasakan jentera serangan memandangkan pe-nyerang sedia ada gagal mencapai standard yang dimahukan.

Terdahulu, Chelsea ada menawarkan pertukaran yang melibatkan Tammy Abraham dan Callum Hudson-Odoi bagi mendapatkan Haaland, namun ditolak oleh Dortmund.

Selain Haaland dan Kalajdzic, juara Eropah itu dikaitkan de-ngan penyerang prolifik Bayern Munich, Robert Lewandowski menerusi perjanjian £50 juta (RM288.8 juta) serta penyerang Southampton, Danny Ings yang menolak kontrak lanjutan.

Chelsea juga sedia untuk melepaskan penyerang, Timo Werner walaupun baru semusim bersama pasukan itu.

Abraham juga dikatakan tidak ada dalam peranca-ngan pengurus, Thomas Tuchel bagi saingan musim depan dan mungkin akan menyertai musuh setempat, West Ham United. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.099376 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list