View: 983|Reply: 1
|
FA Inggeris didenda RM148,930 kerana pancaran laser
[Copy link]
|
|
FA Inggeris didenda RM148,930 kerana pancaran laser
CAHAYA laser dipancarkan ke muka Schmeichel ketika Kane mengambil sepakan penalti. FOTO Agensi
Lausanne: Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris didenda 30,000 euros (RM148,930) oleh Uefa, hari ini, kerana cahaya laser dipancarkan ke arah penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel ketika England menang aksi separuh akhir Euro 2020.
Badan induk bola sepak Eropah itu menyatakan, FA Inggeris turut bersalah berikutan 'gangguan ketika laku kebangsaan dan mercun dipasang' penyokong England di Wembley, termasuk ada yang mengejek lagu kebangsaan Denmark.
Foto di media Britain menunjukkan laser dipancarkan ke muka Schmeichel sebelum sepakan penalti pada masa tambahan, apabila penjaga gol Leicester itu pada mulanya menepis bola sepakan Harry Kane, tetapi Kane pantas melakukan rembatan susulan untuk menjaringkan gol kemenangan England.
"Saya tidak perasan mengenainya ketika sepakan penalti kerana ia berada di belakang saya di sebelah kanan," kata Schmeichel.
"Tetapi, saya perasan pancaran laser itu pada babak kedua. Saya ada memberitahu pengadil dan dia kemudian bercakap dengan seorang penjaga garisan."
Uefa mengumumkan pendakwaan itu terhadap England, semalam.
Anak buah Gareth Southgate menang 2-1 ke atas Denmark dan akan berdepan Itali di final di Wembley, esok, yang juga final pertama mereka di kejohanan utama sejak menang Piala Dunia 1966.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aiyok..cmtu skali nk menang |
|
|
|
|
|
|
| |
|