CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3078|Reply: 6

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Kebaikan vs. Dosa

[Copy link]
Post time 5-7-2021 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by boca120879 at 14-6-2022 04:36 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Musa bin Abdurrahman Al Kindi Al Kufi, diceritakan oleh Zaid bin Hubab, diceritakan oleh Mu'awiyah bin Shali, diceritakan oleh Abdurrahman bin Jubair bin Nufair Al Hadlrami, daripada ayahnya (Nufair Al Hadlrami), daripada An Nawwas bin Sam'an,

"Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
tentang kebaikan dan dosa."

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Kebaikan adalah
akhlak yang baik

dan dosa adalah
sesuatu yang menggelisahkan dalam jiwamu
dan kau tidak mahu orang lain mengetahuinya."

(Hadith Tirmidzi no. 2311)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by boca120879 at 9-6-2022 04:21 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Ghassan Al Misma'i, diceritakan oleh 'Uthman bin 'Umar, diceritakan oleh Abu 'Amir (Al Khazzaz),
daripada Abu 'Imran Al Jauni, daripada 'Abdullah bin Ash Shamit, daripada Abu Dzar,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Janganlah kamu menganggap remeh
sedikit pun
terhadap kebaikan.

Walaupun kamu hanya bermanis muka (senyum)
kepada saudaramu (sesama Muslim)
ketika bertemu."

(Hadith Muslim no. 4760)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2022 12:06 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 14-6-2022 05:09 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Zuhair bin Harb, diceritakan oleh Jarir bin 'Abdul Hamid, daripada Al A'masy,
daripada Musa bin 'Abdullah bin Yazid & Abu Adh Dhuha, daripada 'Abdurrahman bin Hilal Al 'Absi, daripada Jarir bin 'Abdullah,

"Pada suatu ketika, beberapa orang Arab Badwi datang menemui Rasulullah s.a.w.
memakai pakaian yang diperbuat daripada bulu.
Lalu Rasulullah s.a.w. memperhatikan keadaan mereka yang menyedihkan.
Selain itu, mereka sangat memerlukan pertolongan.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menganjurkan para sahabat
untuk memberikan sedekahnya kepada mereka.
Tetapi sayangnya, para sahabat sangat lambat
untuk melaksanakan anjuran Rasulullah s.a.w. itu,
sehingga kekecewaan terlihat pada wajah Rasulullah s.a.w."

Tidak lama kemudian, seorang sahabat daripada kaum Ansar
datang memberikan bantuan
berupa sesuatu yang dibungkus dengan daun
dan kemudian diikuti oleh beberapa orang sahabat lainnya.

Setelah itu, datanglah beberapa orang sahabat yang turut serta
menyumbangkan sedekahnya (untuk diserahkan kepada orang-orang Arab Badwi tersebut)
sehingga tampaklah keceriaan pada wajah Rasulullah s.a.w.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa dapat memberikan contoh yang baik dalam Islam,
lalu contoh tersebut dapat diikuti oleh orang-orang sesudahnya,
maka akan dicatat untuknya,
pahala sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya,
tanpa mengurangi sedikit pun pahala yang mereka peroleh.

Sebaliknya, barangsiapa memberikan contoh yang buruk dalam Islam,
lalu contoh tersebut diikuti oleh orang-orang sesudahnya,
maka akan dicatat untuknya,
dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya,
tanpa mengurangi sedikit pun dosa yang mereka peroleh."

(Hadith Muslim no. 4830)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2022 12:56 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Al Munkadir bin Muhammad bin Al Munkadir,
daripada bapanya (Muhammad bin Al Munkadir), daripada Jabir bin Abdullah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Setiap kebaikan
adalah sedekah.

Dan di antara bentuk kebaikan
adalah kamu menjumpai saudaramu (sesama Muslim)
dengan wajah yang menyenangkan.

Dan kamu menuangkan air dari bekas minummu
ke dalam bekas minum milik saudaramu (sesama Muslim)."

(Hadith Tirmidzi no. 1893)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2022 01:55 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ
Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar
di antara dosa-dosa yang dilarang kamu kerjakannya,
nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil),

وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا
dan Kami masukkan kamu
ke tempat yang mulia (syurga).

(Surah An-Nisa' 4:31)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2022 11:27 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Uthman bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Jarir, daripada Al A'masy, daripada Abu Zhabyan, daripada Ibnu Abbas,

"Didatangkan kepada Umar,
seorang wanita gila yang berzina.

Umar berbincang dengan orang ramai.
Kemudian dia memerintahkan
agar wanita itu direjam.

Wanita itu lalu dibawa
berhampiran dengan Ali bin Abu Talib.

Ali bin Abu Talib bertanya,
"Ada apa dengan wanita ini?"

Orang ramai menjawab,
"Wanita gila dari bani fulan.
Dia telah berzina.
Dan Umar memerintahkan
agar dia direjam sahaja."

Ali bin Abu Talib kemudian berkata,
"Bawalah dia kembali."

Ali bin Abu Talib lantas menemui Umar
dan berkata,
"Wahai Amirul Mukminin,
tidakkah engkau tahu bahawa
pena pencatat amal (dosa) itu diangkat (tidak dikira)
daripada tiga (3) golongan manusia.

1) Orang gila
sehingga dia pulih;

2) Orang yang tidur
sehingga dia terbangun;

3) Dan anak kecil
sehingga dia baligh."

Umar menjawab,
"Tentu."

Ali bin Abu Talib bertanya lagi,
"Lalu kenapa wanita ini direjam?"

Umar menjawab,
"Tidak apa-apa."

Ali bin Abu Talib berkata,
"Lepaskanlah dia."

Umar kemudian membebaskan wanita tersebut.
Lalu Umar pun bertakbir."

(Hadith Abu Daud no. 3823)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2023 03:46 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ibrahim bin Muhammad bin Yusuf Al Firyabi, diceritakan oleh Ayyub bin Suwaid, diceritakan oleh Abu Bakr Al Hudzali, daripada Syahr bin Hausyab,
daripada Abu Dzar Al Ghifari,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah memaafkan
daripada umatku,

sesuatu yang dilakukan kerana
tersalah,
terlupa
dan sesuatu yang dipaksakan kepadanya."

(Hadith Ibnu Majah no. 2033)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060004 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list