CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 768|Reply: 0

[Sarawak] Taktik letak dadah dalam bungkusan mi segera

[Copy link]
Post time 3-7-2021 07:49 PM | Show all posts |Read mode


SARIKEI: Taktik menyeludup dadah menggunakan bungkusan mi segera yang dihantar menggunakan pos berjaya dihidu Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Sarawak.

Pengarah Kastam Sarawak, Herman Shah Abdullah berkata,  perbuatan itu dikesan dalam satu bungkusan mi segera yang dipercayai dihantar individu dari Semenanjung Malaysia.

Hasil pemeriksaan katanya, pegawai kastam menemui tiga bungkusan plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis ganja dianggarkan seberat 30 gram dengan nilai dianggarkan sejumlah RM1,500.

"Susulan itu, usaha mengesan pemilik bungkusan sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata,  kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta tidak kurang tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali sebatan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.068555 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list