CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1213|Reply: 1

Peluang England padam sejarah hitam

[Copy link]
Post time 29-6-2021 07:04 PM | Show all posts |Read mode


ENGLAND memiliki kelebihan apabila berdepan Jerman di Wembley dan bakal mendapat sokongan daripada peminat mereka sendiri. – AFP

Peluang England padam sejarah hitam

LONDON – Pengurus England, Gareth Southgate mencabar barisan pemainnya agar mengukir sejarah baharu pasukan itu ke atas gergasi Eropah, Jerman pada pusingan 16 terbaik Euro 2020 di Stadium Wembley awal pagi esok.

Southgate, 50, mahu The Three Lions memadam ‘sejarah hitam’ mereka yang sering diungkit setiap kali bertemu Jerman disebabkan kekalahan 5-6 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 sewaktu separuh akhir Euro 1996.

Lebih malang, Southgate adalah pemain yang gagal menja-ringkan sepakan penalti ketika penentuan tersebut sekali gus menghadiahkan kemenangan buat Jerman dan seterusnya muncul juara edisi 1996 itu menewaskan Republik Czech di final.

“Pasukan sekarang telah berjaya mencipta sejarah mereka tersendiri dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

“Sekarang adalah peluang terbaik buat pemain-pemain untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang daripada skuad 1996,” katanya.

Sementara itu, pemain sayap sensasi Borussia Dortmund, Jadon Sancho bertekad akan membuktikan kemampuannya dan membanggakan Southgate sekiranya disenaraikan dalam kesebelasan utama menentang Jerman.

Sancho, 21, terdesak untuk mendapat lebih banyak masa beraksi selepas dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menang 1-0 ke atas Republik Czech hasil jaringan tunggal daripada Raheem Sterling.

“Sudah tentu saya gembira kerana akhirnya merasai peluang bermain. Saya harap dapat diberi peluang untuk membuktikan kemampuan saya kepada semua.

“Saya ada kelebihan kerana mengenali ramai pemain Jerman selepas setiap minggu bermain menentang mereka,” jelasnya.

Bagaimanapun, Sancho perlu bersaing dengan nama-nama lain seperti Sterling, Phil Foden, Jack Grealish, Bukayo Saka dan Marcus Rashford untuk meraih tempatnya.

Jika berjaya menewaskan Jerman, England akan bertemu pemenang antara Sweden atau Ukraine dalam peringkat suku akhir di Stadio Olimpico, Rom pada 3 Julai depan. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2021 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mlm ni england menang..aku sbg penyokong german mmg nmpk taktikal joachim loew mlm ni xmenjadi duk bertahan menanti counter je..xnk atur serangan..ape pun tahniah england
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034549 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list