CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1199|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 29/06/2021

[Copy link]
Post time 29-6-2021 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-6-2021 10:52 AM

COVID-19: Kes harian menunjukkan penurunan hari ini




KUCHING: Sarawak merekodkan penurunan kes baharu COVID-19 yang ketara pada hari ini iaitu 242 kes berbanding 409 kes yang direkodkan semalam.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) daripada jumlah itu, sebanyak 55.78 peratus dikesan di lima buah daerah membabitkan daerah Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Mukah.
“Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Kuching (51), Sibu (27), Bintulu (20), Miri (19), Mukah (18), Tatau (15), Sarikei (11) dan Bau (9).

“Turut merekodkan kes baharu Belaga (7), Kanowit (7), Kapit (6), Telang Usan (6), Serian (6), Subis (5), Sebauh (5), Saratok (5), Pakan (4), Dalat (4), Selangau (4), Song (3), Sri Aman (3), Tanjung Manis (1), Tebedu (1), Bukit Mabong (1), Beluru (1), Simunjan (1), Betong (1) dan Samarahan (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jawatankuasa itu menambah, dengan kes baharu itu ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 64,475.

“Daripada 242 kes baharu yang dilaporkan, seramai 30 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 191 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan terdapat dua kes kematian baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah bertambah kepada seramai 408 orang.

“Kematian itu melibatkan seorang lelaki berumur 92 tahun yang dilaporkan di Hospital Sarikei dan seorang perempuan berumur 65 tahun di Hospital Miri,” katanya.

Sementara itu, terdapat 608 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.
Manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 10,171 orang.





utusan borneo 2021-06-29T17:37:37+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2021 06:53 PM | Show all posts
Dua kluster baharu diisytihar di Sarawak

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua kluster baharu iaitu masing-masing satu di Tebedu dan Tatau.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dua kluster berkenaan adalah Kluster Tema Saan, Tebedu dan Kluster Nanga Belungai, Tatau.

“Kluster Tema Saan merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah penempatan di Kampung Tema Saan, Tebedu.

“Sejumlah 222 individu disaring di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; dan 181 kes adalah negatif dalam saringan pertama,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah jawatankuasa, kesemua kes positif COVID-19 dimasukkan ke PKRC Serian bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Manakala bagi Kluster Nanga Belungai ia merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Nanga Belungai, Sungai Kakus, Tatau.

“Perebakan jangkitan berlaku melalui aktiviti gotong-royong yang dijalankan pada 13 Jun 2021 serta pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk di rumah panjang tersebut.

“Sejumlah 51 individu disaring di mana13 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; dan 38 kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya.

Kesemua kes positif COVID-19 ini dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Jawatankuasa turut berkata Jabatan Kesihatan hari ini telah mengisytiharkan satu kluster tamat iaitu Kluster Jalan Simpang Tiga, Kuching.

Katanya ia setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.

“Ini menjadikan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 98 kluster. Sebanyak 12 kluster aktif yang telah merekodkan 37 penambahan kes baharu manakala 86 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” kata JPBNS.

Mengenai status daerah jawatankuasa berkata hari ini, daerah Kabong telah kembali ke status kuning daripada status jingga setelah merekodkan 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning telah meningkat kepada lapan daerah dan jumlah daerah berstatus jingga telah menurun kepada dua daerah, katanya.

Manakala, jumlah daerah berstatus merah kekal 29 daerah dan daerah berstatus hijau juga kekal satu daerah, iaitu Daro.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.077878 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list