CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 855|Reply: 0

Mahalli ketuai jentera serangan PJ City

[Copy link]
Post time 28-6-2021 08:01 PM | Show all posts |Read mode
Mahalli ketuai jentera serangan PJ City


Tonggak PJ City FC, Mahalli Jasuli dalam saingan Liga M. FOTO Ihsan MFL


Kuala Lumpur: Musim 2021 memberikan cabaran berbeza untuk pemain PJ City FC, Mahalli Jasuli apabila dia yang banyak bermain di bahagian pertahanan kanan atau sayap kanan, dipertaruhkan selaku penyerang utama.

Kecederaan yang dialami Darren Lok membuatkan ketua jurulatih, P Maniam, tidak teragak-agak mempertaruhkan Mahalli mengetuai jentera serangan biarpun punyai pilihan lain seperti Kogileswaran Raj dan Khyril Muhymeen.

Maniam membuat keputusan itu kerana mengetahui keupayaan Mahalli yang pernah beraksi di posisi penyerang ketika dia bergelar jurulatih Piala Belia Selangor.

Menurut Mahalli, pengalaman beraksi semula sebagai penyerang memberikan satu dimensi berbeza buatnya namun dia gembira peluang diberikan Maniam seolah-olah telah memberikan nafas baharu dalam karier.

"Selepas kecederaan Darren, jurulatih ada berjumpa dengan saya secara peribadi dan bertanyakan jika boleh bermain sebagai penyerang, secara jujurnya memang terkejut.

"Namun, saya beritahu jurulatih yang saya akan cuba kembali mendapatkan rentak serta berada dengan tahap yang sama seperti penyerang-penyerang lain di Liga Super.

"Jurulatih berani memberikan saya peluang bermain sebagai penyerang kerana dia tahu saya pernah beraksi ketika di bawah kendaliannya semasa Piala Belia," katanya.

Diturunkan dalam sebelas perlawanan, penampilan bekas pemain Selangor, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan PKNS FC ini tidak begitu menghampakan biarpun masih belum menjaringkan sebarang jaringan apabila telah melakukan dua bantuan gol setakat ini.

Pemain berusia 32 tahun itu dijangka terus menjadi pertaruhan jika Darren masih belum pulih daripada kecederaan yang dialaminya semasa berdepan Kedah Darul Aman FC dalam saingan Liga Super.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.045847 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list