CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1452|Reply: 3

[Sarawak] Covid-19 25/06/2021

[Copy link]
Post time 26-6-2021 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-6-2021 11:27 AM

673 kes COVID-19, empat kematian di Sarawak


KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 673 kes baharu COVID-19 dengan 423 kes atau 62.85 peratus daripada jumlah kes dikesan di lima daerah iaitu Sibu, Kuching, Kanowit, Bintulu dan Sarikei.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata  Sibu merekodkan 122 kes, Kuching (109), Kanowit (84), Bintulu (57), Sarikei (51), Tebedu (37), Telang Usan (31), Mukah (20), Bau (18), Miri (18), Sri Aman (13), Tatau (13), Saratok (11), Kapit, Subis, Sebauh, Pakan dan Bukit Mabong masing-masing lapan.
Lain-lain kes dikesan di Asajaya (7), Kabong (7), Samarahan (6), Serian (5), Matu (5), Song (5), Dalat (4), Lawas (3) Selangau (2), Lubok Antu (2), Julau (1), Betong (1) dan Tanjung Manis (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 62,820.
“Daripada 673 kes baharu yang dilaporkan, 357 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 226 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada.
“Manakala 49 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan 41 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan terdapat empat kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 adalah kekal seramai 396 orang.
Kesemua empat kematian melibatkan seorang lelaki dan tiga perempuan berumur antara 39 hingga 80 tahun masing-masing dari Kapit, Kuching, Miri dan Subis.
Dalam pada itu terdapat 565 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 51,793 orang atau 82.45 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 10,486 orang.
Manakala, 676 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.





utusan borneo 2021-06-25T18:20:41+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2021 05:04 PM | Show all posts
Dua kluster tempat kerja di Kuching dan Bintulu



KUCHING: Dua kluster baharu diisytihar di Sarawak iaitu Kluster Jalan Renggas di Kuching dan Kluster Jalan Kidurong Lima di Bintulu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Kluster Jalan Renggas merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan pekerja sebuah bengkel alat ganti kenderaan yang terletak di Jalan Renggas di sini.

“Sejumlah 26 individu telah disaring di mana 9 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 11 kes didapati negatif dan 6 kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya.

Sementara itu Kluster Jalan Kidurong Lima juga merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan kuarters pekerja sebuah syarikat kejuruteraan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Kidurong, Kawasan Perindustrian Kidurong, Tatau berpunca daripada pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan

Perebakan berpunca daripada pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan pekerja dan penduduk-penduduk di kuarters tersebut.
Sejumlah 116 individu telah disaring di mana, 20 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 96 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

JPBNS turut memaklumkan penamatan empat kluster setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster tersebut.

Kluster yang ditamatkan ialah Kluster Jalan Limbang, Miri, Kluster Bako Hilir, Kuching, Kluster Jalan Lilin, Miri dan Kluster Kampung Semerah Padi Fasa 1, Kuching.

Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 94 kluster dengan 16 kluster aktif yang  merekodkan 227 penambahan kes baharu manakala 78 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

Dalam pada itu daerah Saratok telah bertukar ke status Merah dari status Jingga hari ini setelah merekodkan sejumlah 46 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah meningkat kepada 30 daerah dan jumlah daerah berstatus Jingga menurun kepada tiga daerah.

Manakala, enam daerah kekal berstatus Kuning dan satu daerah kekal berstatus Hijau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2021 05:06 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 26-6-2021 09:11 AM

Bas Cucuk Vaksin’ bakal jangkau kawasan terpencil Sibu



INISIATIF: Dr Annuar dan Jason memeriksa ruang dalaman bas mini yang akan dijadikan unit PPV Bergerak di kawasan Sibu.


SIBU: ‘Coastal bus’ atau bas mini akan digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Sibu, kata Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu Dr Annuar Rapa’ee.

Beliau berkata, tujuan utama perkhidmatan itu diwujudkan adalah untuk menggalakkan lebih ramai penduduk di Sibu menerima vaksin COVID-19 mereka.

Katanya, bas ini akan diubah suai menjadi ‘Bas Cucuk Vaksin’ yang pertama di Sibu dan bergerak ke kawasan-kawasan kampung atau terpencil di sini.

“Tujuan utama kita mewujudkan perkhidmatan ini adalah untuk memberi kemudahan kepada mereka yang tidak dapat datang ke PPV dan juga mungkin ada segelintir yang masih lagi belum buat keputusan untuk menerima vaksin mereka.

“Jadi, apabila bas ini datang ke kampung atau ke kawasan-kawasan tertentu, mungkin mereka akan tergerak hati untuk mendapatkan vaksin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memeriksa kondisi bas mini berkenaan di PPV Bergerak di Dewan Lakis, semalam.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata, perkhidmatan bas mini tersebut dijangka dapat mula beroperasi pada minggu hadapan selepas kerja-kerja pengubahsuaian selesai.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada Pemanca Datuk Jason Tai yang juga Pengarah Urusan Pansar Berhad kerana sudi meminjamkan seunit bas mini berkenaan untuk dijadikan unit PPV Bergerak di kawasan Sibu.

Beliau berkata, kenderaan seperti bas mini tersebut sesuai digunakan kerana mudah untuk masuk ke kawasan terpencil dan jalan raya yang sempit.

“Setakat ini, program vaksinasi di Sibu berjalan dengan lancar. Ini (bas mini) hanya satu perkhidmatan tambahan kepada program vaksinasi di Sibu pada masa ini,” jelasnya.



KEMUDAHANl: ‘Coastal Bus’ atau bas mini yang akan digerakkan untuk memberi vaksin kepada penduduk di sekitar kawasan Sibu.

Beliau juga memberitahu perkhidmatan ambulans akan turut digerakkan bersama bas mini terbabit.

Untuk tujuan itu katanya, beliau akan memohon kerjasama daripada pihak Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Selain itu, katanya, objektif perkhidmatan ini diwujudkan juga adalah untuk memudahkan orang ramai menerima vaksin mereka bagi yang terlepas janji temu.

“Kemungkinan ada yang tertinggal janji temu mereka kerana jika terlepas janji temu dari MySejahtera, mereka mungkin akan lambat untuk menerima vaksin.

“Jadi dengan adanya bas bergerak ini, mereka ini dapat kita liputi sekali,” katanya.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka turut ditanya mengenai kapasiti vaksinasi yang mampu dilaksanakan menerusi perkhidmatan bas bergerak ini.

“Saya mencadangkan dalam operasi ini, setiap kali bas ini berhenti kita akan menyediakan kupon. Misalannya, di satu lokasi tersebut kita hendak menyediakan 100 kupon.

“Jadi 100 oranglah yang akan diberi vaksin ketika bas itu berhenti di kawasan tersebut. Jika lebih daripada 100 orang, kita akan datang lagi pada hari berikutnya,” katanya.

Beliau berkata lagi, orang ramai akan disuntik vaksin di dalam bas kerana ruang dalaman bas yang lebih kondusif dan selesa.

“Jadi bas sebesar ini boleh memberi vaksin untuk dua orang sekali pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau turut menjelaskan penggunaan kupon adalah untuk mengesan mereka yang tertinggal untuk mendapat vaksin atau mereka yang belum tergerak hati untuk menerima vaksin.

Justeru, beliau akan bekerjasama dengan Kejiranan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta organisasi di kawasan tersebut untuk mencari penduduk yang belum menerima vaksin.

“Jika ada lebih, kita akan buka kepada orang lain, tetapi kapasiti saya cadangkan adalah untuk 50 hingga 100 orang untuk satu hari,” ujarnya.


utusan borneo 2021-06-26T00:30:02+08:00
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2021 05:08 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 26-6-2021 09:10 AM

PPV IKBN Miri beri suntikan vaksin Sinovac mulai hari ini


RAMAH: Lee (kanan) bertanya sesuatu kepada petugas yang terlibat di PPV IKBN Miri, sambil disaksikan oleh Dr Kang (kiri) serta yang lain.


MIRI: Bermula hari ini, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dijadikan sebagai PPV jenis Sinovac selepas pemberian vaksin jenis AstraZeneca (AZ) tamat petang semalam.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, keluasan kawasan luar dan dalam IKBN berkenaan bersesuaian dijadikan PPV dan didapati tidak menyebabkan kesesakan.

“Penerima yang hadir mengikut jadual yang ditetapkan dalam janji temu MySejahtera dengan hadir setengah jam awal, maka tidak akan ada kesesakan yang berlaku,” jelasnya menerusi satu kenyataan media.

Menurut Lee, penerima vaksin bermula hari ini juga diingatkan bahawa mereka akan menerima vaksin jenis Sinovac.

“Sejumlah 800 dos Sinovac dibekalkan untuk penerima.

“Kapasiti ini akan ditambah kepada 1,200 dos jika perlu memandangkan ruang dan kemudahan yang sedia ada mencukupi untuk penambahan kapasiti tersebut,” ujarnya.

Jelas Lee, waktu pemberian vaksin Sinovac juga akan diadakan bermula pada jam 8 pagi hingga 8 malam memandangkan proses pemberian vaksin itu dijangka akan melibatkan lebih ramai penerima.

Waktu tamat pemberian vaksin kata Lee, pada jam 8 malam turut akan memberi peluang kepada penerima yang lewat hadir pada sebelah petang untuk menerima suntikan.

“Ini juga memberi ruang kepada para petugas untuk menyelesaikan tugasan sebelum tamat waktu pemberian vaksin,” katanya.

Terdahulu, Lee mengadakan lawatan ke PPV IKBN Miri berkenaan bagi meninjau keadaan hari terakhir pemberian vaksin AZ di pusat terbabit.

“Saya difahamkan bahawa sambutan terhadap vaksin AZ amat baik dan dos turut berjaya dihabiskan.

“Sejak vaksin AZ mula diberikan pada 7 Jun lalu sehingga hari ini (semalam), sejumlah 9,900 dos telah diberikan kepada penerima,” tambahnya.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pengerusi JPBB Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P. Raviwharmman Packierisamy, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong, Pemangku Pegawai Daerah Miri Geraldine Janely Doris dan Penyelaras Kesihatan PPV IKBN Miri Dr Kang Tzin Rong.


utusan borneo 2021-06-26T00:30:02+08:00
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.498806 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list