CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1397|Reply: 1

[Sarawak] Utamakan anak tempatan jurusan pendidikan di Sarawak - CUEPACS

[Copy link]
Post time 21-6-2021 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Utamakan anak tempatan jurusan pendidikan di Sarawak - CUEPACS


KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak berharap anak tempatan yang memiliki jurusan pendidikan diberi keutamaan dalam pengambilan khas guru secara ‘one-off’ di negeri ini.


Pemangku Pengerusi CUEPACS Sarawak Omar Bahrein Unin berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) harus memberi peluang itu kepada graduan Sarawak dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA ) yang lain.
Ini kerana katanya, mereka sudah mempunyai kepakaran dan kelayakan yang sesuai menjadi guru.                                                   
“Ketika ini, Sarawak mempunyai lebih 600 siswazah yang belum mendapatkan peluang pekerjaan.
"Sekiranya mereka diberikan peluang, ia akan membantu dari segi penempatan guru ke seluruh kawasan di negeri ini nanti," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.




Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan KPM akan membuat pengambilan khas guru secara 'one-off' bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
Ia membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41, dengan iklan pengambilan akan disiarkan pada 7 Julai ini, manakala penempatan secara berperingkat akan bermula pada Oktober.
Omar berkata, pihaknya menerima baik pengumuman itu namun berharap ia bukan semata-mata untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan graduan siswazah pendidikan.
Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah langkah serius kerajaan mengatasi masalah kekurangan guru melalui pengambilan guru yang berminat dan berkualiti.
“Kita memerlukan individu yang mahu menjadi pendidik selain mengutamakan kelayakan mereka dan oleh itu berharap pihak berkaitan akan memilih calon yang terbaik dan berdedikasi untuk pekerjaan itu,” katanya.
Beliau mendapat maklum bahawa ramai graduan lepasan latihan perguruan yang masih belum dipanggil temu duga bagi mengisi kekosongan guru.
“Maka itu, kita harap ramai bakal guru tempatan Sarawak akan berjaya dalam pengambilan ini. Ia selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk mempunyai 90 peratus guru yang berkhidmat adalah daripada anak tempatan,” katanya sambil menambah ketika ini Sarawak kekurangan 3,000 orang guru.
Sehubungan itu, beliau memohon agar maklumat pengambilan khas guru itu segera disebar luas supaya anak Sarawak yang layak tidak ketinggalan daripada mendapat peluang tersebut.

utusan borneo 2021-06-21T11:15:12+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ok...jd xdelah isu rentas negeri....pjj...bagai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.074984 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list