CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1547|Reply: 2

[Sabah] Covid-19 14/06/2021

[Copy link]
Post time 15-6-2021 09:46 AM | Show all posts |Read mode
3 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan Di Sabah




KOTA KINABALU : Tiga lagi kluster baharu COVID-19 dikesan di Sabah hari ini, dengan dua melibatkan penularan di tempat kerja dan satu berpunca daripada aktiviti menghadiri majlis pengebumian.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata tiga kluster itu melibatkan Kluster Eioz Selatan di Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang; Kluster Jalan Agaseh di Lahad Datu; dan Kluster Kampung Kebayau di Kota Belud dan Keningau.
Beliau berkata Kluster Eioz Selatan merupakan kluster tempat kerja melibatkan 10 kes positif COVID-19 yang dicetuskan daripada jangkitan kes indeks seorang lelaki pekerja am berusia 23 tahun disahkan positif wabak berkenaan pada 3 Jun lepas.
“Kes positif terdiri daripada pekerja sebuah gudang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, malah telah merebak kepada generasi kedua iaitu ahli keluarga. Tujuh kes dikesan di Kota Kinabalu, dua kes di Tuaran dan satu di Penampang,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata satu lagi kluster tempat kerja ialah Kluster Jalan Agaseh yang mencatatkan 15 kes dicetuskan kes indeks seorang wanita berusia 64 tahun di Klinik Kesihatan daerah itu, dikesan positif pada 9 Jun lepas.
“Kluster ini melibatkan penularan jangkitan di syarikat kejuruteraan elektrik dan punca jangkitan masih disiasat. Kesemua kes positif kluster ini dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah) Lahad Datu,” katanya.
Masidi berkata Kluster Kampung Kebayau yang melibatkan  27 kes positif COVID-19 di Kota Belud dan Keningau yang dicetuskan kes indeks seorang lelaki berusia 26 tahun disahkan positif 3 Jun lepas berkait rapat dengan majlis pengebumian di Kampung Kebayau pada 26 Mei lalu.
“Kes positif dalam kluster ini meliputi 23 kes di Kota Belud sementara empat kes di Keningau. Seramai  112 individu dalam kalangan ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual disaring dengan 27 didapati positif, lapan masih menunggu keputusan dan selebihnya negatif,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata Sabah merekodkan 335 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 66,043 kes, manakala pesakit sembuh pula seramai 329 orang menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada wabak itu 62,846 orang.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2021 09:47 AM | Show all posts
4 Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Di Sabah



PUTRAJAYA: Empat lagi lokaliti di Sabah akan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD selama 14 hari bermula 16 hingga 29 Jun ini susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.


Beliau berkata, di Sabah PKPD membabitkan Kampung Sundang Laut, Sandakan, selepas 10 individu dikesan positif setakat ini.
PKPD di negeri ini itu turut melibatkan dua lokaliti di Penampang, iaitu Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartment yang mana 32 individu dikesan positif
Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Skim Cocos, Kunak, apabila 10 daripada 24 individu disaring positif
Dalam pada itu Ismail berkata, semalam polis menahan 958 individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 910 dikompaun, 47 direman manakala seorang dijamin.
“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (232), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran, makan di premis (196), tidak memakai pelitup muka (135), individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (112), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (105), membawa penumpang berlebihan (63), aktiviti pusat hiburan (38), premis gagal patuhi arahan (8) dan lain-lain (69),” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2021 09:52 AM | Show all posts
Edited by Vellfire at 15-6-2021 01:54 AM

Pesakit Covid-19 Lari, Ditemukan Menyorok Dalam Kebun

KINABATANGAN: Warga emas yang melarikan diri dari rumahnya di Kampung Kuala Tongod, semalam, selepas didapati positif Covid-19 berjaya ditemukan, hari ini.

Lelaki berusia 69 tahun itu dilaporkan ditemukan penduduk kampung pada 6.30 petang, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, warga emas itu ditemukan bersembunyi di sebuah kebun di kampung terbabit.
Menurutnya, lelaki itu sudah diserahkan kepada pihak petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Tongod untuk tindakan lanjut.
“Lelaki itu sudah ditemui pada petang tadi dan sekitar 6.50 petang kami sudah menyerahkan warga emas berkenaan kepada pihak KKM,” Katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Dzulbaharin berkata, warga emas itu melarikan diri ketika hendak dibawa ke Hospital Sandakan untuk rawatan selepas didapati positif Covid-19.

“Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, sepasukan petugas KKM Tongod pergi ke kampung berkenaan untuk membuat makluman dan persediaan kepada individu-individu yang disahkan positif Covid-19 untuk dibawa ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Petugas kemudiannya membuat tinjauan ke rumah lelaki berkenaan dan mendapati warga emas itu sedang mengemaskan barang-barang di luar rumahnya.
“Petugas beranggapan lelaki itu sedang bersiap untuk dibawa ke hospital,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik petugas kembali semula ke rumah lelaki itu suspek dipercayai melarikan diri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.047004 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list