CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1482|Reply: 3

[Sarawak] Covid-19 14/06/2021

[Copy link]
Post time 15-6-2021 08:43 AM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Sarawak catat 744 kes baharu dengan lima kematian


KUCHING: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 744 kes hari ini, berbanding 544 kes semalam, menjadikan angka keseluruhan kini 56,187 kes.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 413 atau 55.51 peratus dikesan di lima buah daerah iaitu Kuching, Bintulu, Tatau, Sibu dan Kapit.
"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Kuching (121), Bintulu (103), Tatau (74), Sibu (63), Kapit (52), Sarikei (47), Subis (45), Song (44), Sri Aman (31), Meradong (26), Tanjung Manis (22), Lubok Antu (20) dan Miri (20).
"Turut merekodkan kes baharu ialah Lundu (16), Mukah (13), Telang Usan (11), Serian (6), Samarahan (5), Bukit Mabong (4), Pakan (4), Bau (3), Kanowit (3), Tebedu (3), Julau (2), Dalat (2), Selangau (1), Sebauh (1), Betong (1) dan Beluru (1)," katanya dalam kenyataan hari ini.
JPBNS menambah, daripada 744 kes baharu yang dilaporkan, seramai 61 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

"Manakala, seramai 588 orang adalah terdiri daripada individu diberikan arahan perintah kuarantin," katanya.
Sementara itu, JPBNS turut memaklumkan terdapat lima lagi kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian di Sarawak kini 356 kes.
Kesemua lima kes kematian itu katanya, melibatkan empat lelaki dan seorang wanita berumur antara 50 hingga 85 tahun.
"Daripada lima kematian ini, tiga meninggal di hospital manakala dua di Hospital Umum Sarawak," katanya.
Hari ini juga terdapat 412 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj.
Manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 9,711 orang.
Sementara, seramai  744 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.



utusan borneo 2021-06-14T17:38:52+08:00


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2021 08:44 AM | Show all posts
Dua lagi kluster di Sarawak



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kluster baharu diisytiharkan hari ini ialah Kluster Sungai Sentebu di Sarikei dan Kluster Ulu Sangan di Tatau.

Menurutnya, kedua-dua kluster itu merupakan satu kluster komuniti.

“Kluster Sungai Sentebu dikesan melibatkan sebuah lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu sebuah rumah panjang di kawasan Sungai Sentebu, Sarikei

“Jangkitannya berpunca daripada pergerakan sosial dan aktiviti berkumpul semasa sambutan ambang Hari Gawai pada 31 Mei 2021,”katanya dalam kenyataan hari ini.


JPBNS menambah, sejumlah 69 individu disaring dengan 48 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 21 kes didapati negatif.

“Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC di daerah Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” jelasnya.

Bagi Kluster Ulu Sangan pula, Jawatankuasa itu berkata, ia dikesan melibatkan sebuah lokaliti di bawah PKPD iaitu sebuah rumah panjang di Ulu Sangan, Tatau.

Perebakan berpunca daripada pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk rumah panjang tersebut.

“Sejumlah 59 individu disaring di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 47 kes masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” ujarnya.

JPBNS turut memaklumkan satu kluster ditamatkan iaitu Kluster Mongkos, Tebedu setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.

“Susulan itu, jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 83 kluster dengan 13 kluster merekodkan 146 penambahan kes baharu manakala 70 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2021 08:45 AM | Show all posts
COVID-19: 29 daerah di Sarawak berstatus Merah



KUCHING: Daerah Lundu telah bertukar status Merah daripada Jingga setelah merekodkan sejumlah 43 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah sebanyak 29 daerah.

“Selain Lundu, daerah berstatus Merah ialah Telang Usan, Song, Sebauh, Kabong, Dalat, Bau, Marudi, Meradong, Lubok Antu, Beluru, Asajaya, Tanjung Manis, Tatau dan Bukit Mambong.

“Turut berstatus Merah ialah Betong, Sri Aman, Pakan, Kanowit, Selangau, Subis, Mukah, Sarikei, Samarahan, Serian, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu,” katanya.

Manakala daerah Saratok kata JPBNS, telah kembali status Kuning dengan 11 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.


Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning sebanyak lapan.

Katanya, bagi daerah Betong pula telah kembali ke status Jingga daripada status Merah dengan 38 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

“Sementara daerah Tebedu telah bertukar daripada status Kuning kepada Jingga setelah merekodkan sejumlah 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Jumlah daerah berstatus Jingga kini sebanyak tiga daerah manakala tiada daerah berstatus Hijau,” jelasnya.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan sebanyak 77 kompaun di daerah Sibu (39), Kuching (13), Bintulu (12), Miri (7), Padawan (3), Serian (2) dan Lawas (1) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 7,761 kompaun.

“Manakala, dua tangkapan telah dilakukan melibatkan seorang lelaki warga tempatan positif COVID-19 di Jalan Datuk Patinggi Ali, Kuching yang melarikan diri dari HUS.

“Dan satu lagi melibatkan seorang lelaki warganegara Indonesia kerana melanggar SOP iaitu tidak memakai pelitup muka di sebuah Cafe di Bintulu,” ujarnya.

Sementara itu, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan lima kompaun di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan tas kesalahan pelanggaran SOP.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,021 kompaun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2021 09:39 AM | Show all posts
PKPD di lima rumah panjang dan satu kilang sawit

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan ke atas enam lagi lokaliti di negeri ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menurutnya, lima daripada lokaliti yang dikenakan PKPD melibatkan rumah panjang manakala satu lagi lokaliti melibatkan Mukah Palm Oil Mill (MPOM), Mukah.

Rumah panjang terlibat ialah Rh. Robert anak Pengabang, Sebauh; Rh. Achun anak Imban, Nanga Kelebu, Tatau; Rh. Jalang, Nanga Bayu, Ulu Entabai, Julau; Rh. Sandai, Sg Mapai, Kanowit dan Rh. Alat anak Mukan, Mukah.

“PKPD di Rh. Robert anak Pengabang akan bermula dari 13 hingga 26 Jun 2021; Rh. Achun anak Imban (13 hingga 29 Jun 2021)dan Rh. Jalang, Nanga Bayu (14 hingga 30 Jun 2021).

“Manakala Rh. Sandai, Sg Mapai; Rh. Alat anak Mukan dan MPOM akan menjalani PKPD bermula 16 hingga 29 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arahan PKPD itu dibuat bagi mengekang penularan COVID-19 di kawasan terbabit.

JPBNS turut memaklumkan lanjutan tempoh PKPD melibatkan 14 kawasan di negeri ini.

Antaranya ialah Samalaju Lodge (Local Lodge & Foreign Lodge) Samalaju Industrial Park, Bintulu dan PPR Bandaria Park, Bintulu yang akan dilanjutkan PKPD dari 14 hingga 20 Jun 2021.

Manakala PKPD Kampung Darat Gerigat, Kabong dilanjutkan dari 14 hingga 28 Jun 2021.

Bagi Rh. Mut anak Merom @ Bohom, Tanjung Manis; Rh. Sana anak Changgai, Tanjung Manis; Rh. Jimbun anak Saging, Tanjung Manis; Rh. Bon anak Depa, Tanjung Manis; Rh. Empading anak Edi, Tanjung Manis dan Rh. Jaapar anak Anyut, Tanjung Manis, PKPD akan dilanjutkan bermula 15 hingga 28 Jun 2021.

Turut dilanjutkan PKPD dalam tempoh sama ialah Rh. Jebat anak Talak, Tanjung Manis; Rh. Puso anak Lunak, Tanjung Manis; Rh. Nyalau anak Engkamat, Tanjung Manis; Rh. Noh anak Bin, Tanjung Manis dan Rh. Damat anak Enggie, Tanjung Manis.

Sementara itu, JPBNS memberitahu penamatan PKPD bagi lima kawasan melibatkan Bintulu, Sebauh, Tanjung Manis dan Mukah.

Kawasan yang tamat PKPD ialah Rh. Unggin anak Unjop, Batu 18, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu dan Piasau Konkerit Shin Yang Camp, Simpang Labang, Sebauh bermula 13 Jun 2021.

Manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Stalun, Tanjung Manis; Rh. Wun anak Ering, Bakerkong, Tanjung Manis dan Kampung Bunut, Mukah akan menamatkan tempoh PKPD pada 15 Jun 2021
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.072925 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list