View: 1951|Reply: 4
|
Menghormati ulama suatu kewajipan
[Copy link]
|
|
Menghormati ulama suatu kewajipan
MEMATUHI suruhan agama dan beribadat kepada Allah yang diamalkan umat Islam adalah hasil daripada didikan golongan ulama.
Ulama adalah orang yang paling berjasa dalam menjaga, membela dan menyampaikan kepada kita syariat Islam secara suci murni sehingga hari ini. Oleh itu, kita wajib menghormati mereka dan mengakui keahlian mereka misalnya Imam al-Asy'ari dan Imam al-Maturidi dalam bidang akidah; Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam as-Syafie dan Imam Ahmad dalam bidang fiqah; Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam at-Tirmizi serta Imam an-Nasaie dalam bidang hadis.
Mengkritik dan memperlekehkan ulama adalah dua perkara yang berbeza. Mengkritik ulama tidak boleh dilakukan oleh semua orang. Hanya ulama yang berkelayakan dari segi ilmu dan adabnya sahaja yang boleh mengkritik melalui kaedah dan perbahasan ilmiah. Selain mereka, tidak layak untuk mengkritik ulama melainkan orang jahil yang tertipu dengan dirinya sendiri.
Memperlekehkan ulama pula tidak dilakukan kecuali oleh orang yang hina dan rendah akhlaknya sahaja. Nabi SAW sendiri tidak mengakui orang seperti ini sebagai umatnya. Sabda baginda SAW: "Bukan daripada kalangan kami orang yang tidak menghormati orang tua kami, mengasihi orang muda kami dan mengetahui hak orang alim kami." Riwayat Ahmad dengan sanad hasan
Kata Imam Ibn al-Mubarak: "Sesiapa yang mempersendakan ulama, akan hilanglah akhiratnya." Kata Imam al-Azraie: "Mencerca ahli ilmu, terutama tokoh besar mereka adalah termasuk dosa besar."
Dalam Islam, kita disuruh supaya menghormati orang yang lebih tua. Mereka yang lebih tua ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian.
Pertama, orang yang ada pertalian darah, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia seperti moyang, datuk, nenek, bapa, ibu, pak cik, mak cik, abang dan kakak. Paling utama tentunya ibu bapa hingga tiada siapa di dunia ini walaupun dia seorang yang paling keji akhlaknya sanggup untuk ibu bapanya dicaci maki.
Kedua, orang yang tiada pertalian darah, sama ada orang masih hidup seperti alim ulama, guru, pemimpin, ketua, jiran tetangga dan semua orang yang lebih tua secara umum; atau orang sudah meninggal dunia seperti sekalian nabi dan rasul AS, sahabat RA, ulama dan solihin.
Inilah adab dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Maka, sewajarnya dia tidak sanggup jika semua orang yang dihormati ini dicerca dan dicaci maki. Apatah lagi mereka yang dimuliakan kedudukannya oleh Allah SWT iaitu nabi AS, sahabat RA, ulama, solihin dan termasuk juga kedua-dua ibu bapanya.
Ulama mempunyai jasa besar kerana mereka 'perantara' yang menyampaikan kepada kita agama yang benar. Pegangan agama yang benar penentu buat kita di akhirat nanti, sama ada akan bahagia atau sengsara. Daripada aspek ini, tentunya 'hutang' kita kepada ulama adalah cukup besar.
Justeru itu disebutkan, bahawa mereka adalah pewaris nabi dan wali Allah SWT. Maka, dikhuatiri orang yang memusuhi mereka akan diperangi oleh Allah SWT sendiri. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Taala berfirman: "Barangsiapa yang memusuhi seorang wali-Ku, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya." Hingga sabda baginda: "Sekiranya dia meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberikannya dan sekiranya dia meminta perlindungan daripada-Ku, nescaya Aku akan melindunginya." Riwayat al-Bukhari
Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie diriwayatkan berkata: "Jika ulama fiqah itu bukan wali Allah, maka tiada lagi seorang wali pun bagi Allah SWT." Jelas al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Faqih wa al-Mutafaqqih: "Maksudnya mereka adalah ulama yang beramal dengan ilmu mereka."
Termasuk wali Allah SWT juga ialah ulama hadis yang memelihara hadis Rasulullah SAW. Kata Imam Sufyan at-Thauri: "Jika ahli hadis itu bukan wali abdal (yakni yang datang silih berganti) maka aku tidak tahu siapakah lagi wali abdal itu." Kata Imam Ahmad bin Hanbal: "Jika ahli hadis itu bukan wali abdal, maka siapakah lagi yang layak?" Kata Imam al-Khalil bin Ahmad: "Jika ahli al-Quran dan hadis itu bukan wali Allah, maka tiada lagi bagi Allah seorang wali pun di muka bumi ini."
Orang yang memperlekehkan ulama bererti dia hendak menjatuhkan kredibiliti penjaga syariat Islam ini. Jika penjaga syariat Islam ini berjaya dijatuhkan, akan mudahlah baginya jalan untuk meruntuhkan seluruh ajaran Islam itu sendiri. Oleh itu, fahaman serong seperti ini wajar dibanteras dan diberikan pengajaran yang secukupnya.
Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allah s.w.t memuliakan ulama yg mengajar Dan mengamalkan agama-Nya dalam erti kata yg sebenar-benarnya. Mana-mana ULAMA yg menempuh suatu jalan yg lurus menurut petunjuk-Nya, pastilah tiada kekhuatiran atas dirinya untuk tidak dimuliakan-Nya, celah lagi seluruh alam ini Allah s.w.t tundukkan untuknya.
Menghormati ulama itu fitrah dari-Nya bila Allah s.w.t memuliakan ulama berkenaan. Yakni, bila Mana Allah s w.t memuliakan para ULAMA, makanya, diilhamkan kepada sekelian makhluk ciptaan-Nya untuk memuliakannya. Seandainya, makhluk2 itu berupa syaitan-syaitan yg terdiri dari sebahagian bangsa manusia dan Jin, makanya, Allah s.w.t tundukkan mereka untuk mengikut ulama, bukan pula ulama tunduk kepada mereka.
Hakikatnya, untuk menyandang jawatan "ulama", biarlah benar-benar ulama berada yg dalam kebenaran, berbanding ulama fasik (sila rujuk SABDA Rasullullah s.a.w yg berkaitan jika musykil).
Kita sedia maklum, segala sesuatu, diciptakan-Nya berpasang-pasangan. Ada lelaki ada perempuan. Ada kebaikkan ada kejahatan. Ada kemakmuran ada kerosakkan. Yang utamanya, kita senantiasa diuji-Nya.
Kemuliaan itu ujian dari Allah s.w.t. Kemuliaan itu datang bersama penghormatan dari makhluk ciptaan-Nya Dan sebahagiannya pula makhluk yg ditundukkan-Nya.
Wahai ulama Dan umat baginda Rasullullah s.a.w. Dengar dan ingatlah pesan Dan nasihat ini baik-baik. Selagi mana, belum terzahir kemuliaan dari-Nya menerusi 2 perkara yg berkenaan (penghormatan Dan/atau penundukkan dari makhluk ciptaan-Nya), selagi masih lagi terzahir selain dari yg dimaksudkan itu di atas muka bumi ini dari makhluk ciptaan-Nya ke atas diri kamu, diri kamu masih BELUM BENAR-BENAR DIMULIAKAN-NYA.
Orang yg benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, pengakhirannya adalah kebaikkan di dunia mahupun akhirat kelak. Itulah pengakhiran Taqwa yg dimaksudkan-Nya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mari Kita renung, kisah yg berlaku, ketika baginda Rasullullah s.a.w mula berdakwah, memperkenalkan dirinya nabi yg diutuskan oleh Allah s.w.t, hingga bergelar Rasullullah s.a.w, cuba Kita wahai ULAMA berfikir, diri kita itu SETERUK apa yg dilalui baginda Rasullullah s a.w atau hakikat lagi teruk perangai berbanding baginda Rasullullah s.a.w? Celah lagi, dizaman ini, disebabkan oleh sistem sekularisma yg dilaksanakan dinegara Kita, yg menitikkan beratkan ilmu dunia, Dan ilmu agama sekadar ilmu alat yg hanya boleh diperolehi JIKA seseorang itu punya KEKUATAN HARTA untuk mempelajari agama-Nya, menurut kamu wahai ulama, dizaman ini, berapa ramai yg dalam kejahilan nyata?
Bagi pandangan saya, hidayah itu sememangnya milik Allah s.w.t. Tanpa usaha Dan tawakkal dari Kita, bolehkah Kita memperolehi hidayah-Nya?
Agama-Nya itu dipelajari bukan setakat mempelajarinya untuk mendapatkan sijil-sijil, akan tetapi lebih dari itu. Kehidupan tanpa ilmu Dan Amal, celah lagi dengan ilmu tanpa Amal, ibaratnya sia-sia.
Bagi saya, sekalipun ada beberapa anak-anak Saya yg tidak mempelajari kafa, disebabkan oleh kekangan harta, ada kamu wahai ulama peduli agama-Nya? Kamu pung pang pung pang mengajar manusia yg bodoh seperti Saya, apa kamu ingat kamu punya ajaran, Allah s.w.t pandang sangat sebagai pahala?
Islam ni, nak sampai ke tahap klimax dah ya. Salah siapa?
Bersyukur lah kepada Allah s.w.t, matahari belum lagi terbit dari arah barat. Apakah Kita semua dalam keadaan bertaqwa? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SenangMaju at 29-6-2021 11:10 PM
Negara Kita ni, belum WUJUD sebenar ulama. Buktinya?
1) bila Allah s.w.t maksudkan di dalam Alquran, bahasa Arab itu bahasa Alquran, mengapa Tak dijadikan bahasa Arab bahasa utama khusus untuk orang Islam? Betul ke, di Malaysia ni benar2 ada ulama hah?
2) bila orang yg MENGAKU Islam, ramai yg Tak solat, puasa Ramadan pun tak puasa, malah surah AlFatihah pun ramai yg Tak reti baca, masih WUJUD ulama hah?
3) ,....... "Bila bagitahu, kang kerajaan marah". So, masih WUJUD ulama hah?
4) ,......"bila bagitahu, kang yg mengurus kerajaan marah". So masih WUJUD ulama hah?
....
.....
.....
...
Bukan nak marah kepada ulama, nak maklum aja, nakkan ulama yg nak dihormati, ada adab2nya.
Andaikata, selepas ini, Kita jumpa baginda Rasullullah s.a.w diakhirat kelak, dengan semua yg Saya nyatakan diatas, agak2nya, Kita nak kata apa dihadapan baginda Rasullullah s.a.w?
Dengan kondisi sekarang ini, saja Saya nak tanyalah... Andai katalah, selepas ini, Kita semua nak mengadu masaalah kepada Imam Mahdi (jika Kita masih hiduplah time tu), agak2nyalah kan, Kita nak mengadu apa? Agak2nya, Imam Mahdi akan tegur Kita Tak? Ataupun, Kita Rasa2 nak perlekeh Iman Mahdi untuk ditundukkan?
Saja tanya....
Kerajaan Islam terdahulu, jatuh kerana masyarakatnya mengamalkan Islam yg tidak benar. Jadi pemimpin, pemimpin yg Islamnya tidak benar, jadi pengikut, pengikut yg Islamnya tidak benar. Bila beramal Islam yg tidak benar, rasuah, pecah amanah Dan seumpamanya berlaku dari kalangan orang Islam yg tidak benar. Bila wujud mereka yg Islam benar, maka, cuba dibunuh hingga ada yg terbunuh, sedangkan kematian itu berlaku, atas izin Dan ketetapan-Nya jua.
Okeylah, rasanya cukup takat itu. Taip lebih2 pun, Tak bermanfaat pun. Tak ada komen apa2 selepas ini. Wassalammualaikum warahmatullahi wabaratuh |
|
|
|
|
|
|
|
''..niscaya Allah Swt. akan mengangkat (derajat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu, beberapa derajat..''
Mujadillah 11
Allah meninggikan darjat mereka ini, sejak didunia lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|