View: 2149|Reply: 8
|
Rekaan Jeans Seperti ‘Terkencing’ Dalam Seluar Dijual Hampir RM300
[Copy link]
|
|
Rekaan Jeans Seperti ‘Terkencing’ Dalam Seluar Dijual Hampir RM300
Hari ini dapat dilihat rekaan fesyen memiliki ciri yang tersendiri. Kreativiti di luar batasan, segala jenis rekaan ada di pasaran. Bergantung kepada minat gaya yang macam mana sahaja menjadi pilihan.
Tidak kira ianya pelik atau pun unik, jika sudah dalam kategori seni itu maka semuanya boleh diterima. Namun begitu, satu rekaan jeans seperti terkencing dalam seluar ini telah mencuri perhatian ramai. Seluar rekaan tersebut itu dikeluarkan oleh jenama fesyen dari London iaitu Wet Pants Denim.
Sesuai dengan namanya Wet Pants Denim, rekaan jeans itu boleh dilihat ada kesan seakan basah di bahagian kelangkang. Menerusi laporan The Sun, jeans tersebut dijual dengan harga hampir RM300 (£50).
Menurut jenama fesyen berkenaan, rekaan jeans seperti terkencing dalam seluar ini dikeluarkan bagi memberikan rasa luarbiasa kepada pemakai. Malah mereka percaya ia akan menjadi trend dan ikutan ramai satu hari nanti.
“Kami memperkenalkan gaya tersebut supaya si pemakai berasa yakin menyarungkannya biarpun ia nampak seakan basah di bahagian kelangkang mereka,” ujar wakit syarikat itu di dalam kenyataan menerusi laman web mereka.
Apa-apa pun kalau korang sendiri berani tak pakai rekaan jeans seperti terkencing dalam seluar sebegini? Nanti tak pasal-pasal ada pula yang menegur.
SUMBER
THE SUN UK
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai di pakai bila nak ambik vaccine
Boleh kencing betul2 terus kalau takut |
|
|
|
|
|
|
|
Sengaja nak suruh org tgk bahagian tuhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
pasni...buh cam taik pulok kat montot seluar....tiber jer depa ni pas kena injek ngn vaksin... |
|
|
|
|
|
|
|
elok la tu design gtu dah la jeans rmai pkai bkali2 jarang basuh dpt pakej trus dgn bau yg ssuai dgn design. |
|
|
|
|
|
|
|
Design yang agak baik disitu |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah motif diorang jual benda2 pelik gini. |
|
|
|
|
|
|
|
nant buat kesan merah darah pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|