View: 1385|Reply: 1
|
Geng motor berhenti untuk beli lemonade dari kanak-kanak buat netizen tersenyum
[Copy link]
|
|
Geng motor berhenti untuk beli lemonade dari kanak-kanak buat netizen tersenyum
Walaupun kanak-kanak tidak perlu mempunyai wang sendiri kerana segala perbelanjaan mereka ditanggung ibu bapa, menggalakkan mereka untuk bekerja bagi mendapatkan duit poket untuk membeli sendiri segala keinginan mereka dapat mengajar anak-anak untuk lebih menghargai apa yang mereka ada dan mendidik mereka supaya tidak membazir.
Antara cara untuk menggalakkan anak-anak berusaha mendapatkan apa yang mereka inginkan, ibu bapa boleh menawarkan mereka ganjaran atau elaun jika mereka membuat kerja-kerja bersifat perkhidmatan seperti menotong rumput, mencuci kereta dan menjaga adik kecil mereka.
Selain itu di sekolah juga pelajar-pelajar boleh melibatkan diri dalam aktiviti jual beli seperti membuat biskut untuk hari karnival dan dari situ mereka boleh melalui pengalaman meniaga.
Sebuah video yang tular di Twitter baru-baru ini juga menunjukkan sekumpulan kanak-kanak menjual air lemonade di hadapan rumah mereka, satu amalan yang biasa bagi kanak-kanak di Amerika untuk mendapatkan duit poket.
Apa yang menarik tumpuan adalah apabila sekumpulan geng motor melalui kawasan perumahan itu dan semua berhenti untuk membeli minuman dari kanak-kanak tersebut, membuatkan mereka teruja.
“Tersenyum lebar aku tengok…”
SUMBER
TWITTER
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni dah lama...
Bapak budak.ni pernah tolong geng moto tu tak.silap..lama dah..
Pastu budak.ni dah besar..nak niaga lemonade depan rumah
Tapi tak laku ke atau baru niaga cam tu lah..
Then bapak dia iklan kat fb..geng moto ni nampak pastu ramai2 pegi beli kat budak.ni...
Ni apa yang iols.baca kat fb tu lah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|