View: 2049|Reply: 9
|
Disangkakan paté, pasangan warga emas ini rupanya makan makanan kucing
[Copy link]
|
|
Disangkakan paté, pasangan warga emas ini rupanya makan makanan kucing
Apabila usia semakin tua, daya penglihatan kita juga semakin lemah, jadi orang tua akan bergantung kepada butir-butir yang hanya dapat dilihat dengan jelas seperti warna, bentuk dan tekstur.
Seperti sepasang warga emas ini, apabila mereka menemui satu tin hidangan daging lembut, mereka dengan serta merta menyangka bahawa hidangan itu adalah paté.
Angela Holloway bingung apabila ibunya Margaret dan bapa tirinya, Donald memintanya untuk membeli beberapa lagi tin paté yang dia pernah belikan untuk mereka sebelum ini ketika menghantar barangan runcit harian ibu bapanya.
Margaret yang berusia 80 tahun memberitahunya bahawa dia dan suaminya menikmati makan malam yang sangat sedap dengan menyapukan paté tersebut di atas roti bakar.
Namun, Angela yang sedaya upaya cuba mengingat kembali jika dia pernah membeli paté untuk ibu bapanya akhirnya pecah perut apabila menyedari bahawa ibu bapannya bercakap tentang makanan kucing dalam tin yang dia belikan untuk kucingnya.
Menurut wanita itu, dia hampir terkencing mengenangkan bahawa ibu bapanya bukan sahaja memakan makanan kucing malah turut menikmati hidangan itu.
Setelah melihat reaksinya, ibunya turut ketawa berdekah sementara Donald yang berusia 95 tahun agak risau dan menyoal isterinya jika wanita itu sengaja cuba meracuninya.
Makanan dalam tin tersebut dibelikan untuk kucing Angela, Aggy
Mujur ibu bapa Angela serta adiknya Beverly yang turut memakan hidangan berasaskan tuna itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
SUMBER
MIRROR UK
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alahaiii...kesiannyaaaa..yelaa..rupe makanan kucing ngn pate ni serta tekstur dia sama jah |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pulak baca. Org tua ni mata dh x nmpk. Mana dapat baca label yang kecik di tin tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pate selalu dari hati ayam, tingin nak buat sendiri tapi takut tak sedap pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap?xhanyir ke?
Bau makanan kucing ni kuat |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahha aku pun beberapa kali hampir nak jilat sudu yang aku guna cedok wetpud kucing.. Bau macam sardin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sengaja nak macam mana bukan makanan tu beracun pun kebanyakan lebih kurang sama macam makanan manusia |
|
|
|
|
|
|
| |
|