besar ujian kali ini
Dalam pada itu, Ebit Lew juga ada meluahkan rasa bimbang kepada semua yang senasib dengannya. Mana tidaknya, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung, ibu dan bapa dikampung sedang sakit pastinya sesuatu yang sangat merisaukan.
“Selalu saya sibuk je. Kena PKP ini betul-betul berat ujiannya. Takutkan. Apalah erti dunia ini tanpa dapat menziarahi orang tua tercinta. Saya doakan Allah bantu semua dapat ziarah mak ayah masing-masing. Allah angkat segala sakit, ujian wabak, dan segala halangan. Berat ujian jarang dapat bersama mak ayah. Berjauhan.” tulisnya
Jadi, dia berdoa agar semua orang mendapat peluang untuk menziarahi ibu bapa mereka di kampung dan berharap Allah S.W.T mengangkat penularan wabak ini agar semua kembali seperti dulu.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sama mendoakan agar kesihatan bapa Ebit Lew dikembalikan.
Mereka juga berharap supaya urusan ustaz dan semua pihak yang merindui ibu bapa di desa terus dipermudahkan pada masa akan datang. Innsya Allah.
Sumber: Ebit Lew