CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4295|Reply: 3

MEMORI:>

[Copy link]
Post time 21-4-2021 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by iman_kelawar at 21-4-2021 05:10 PM

Salam semua. Ingin kongsi percubaan pertama menulis fiksyen.


SATU

Sebaik kereta Honda Jazz hilang dari pandangan, Iskandar tahu dia telah hilang segalanya.

Tujuh bulan lalu, kontrak di syarikat dimana Iskandar telah berkhidmat selamatiga tahun ditamatkan. Tak lama selepas itu, tanpa sebarang berita, wakil keluarga Asmera tiba-tiba muncul depan rumah, memulangkan cincin tunang. Rantaian ujian hidup Iskandar tidak berhenti setakat itu, abah diserang angin ahmar. Dengan dua adik masih bersekolah dan perbelanjaan menguruskan abah yang terlantarlumpuh, duit simpanan menyusut seperti air di tangki bocor.

Ada hikmah juga dia putus tunang.

Tak apalah, rezeki ada dimana-mana dan hidup perlu diteruskan. Sedang Iskandar bersiap untuk memulakan kerjasebagai pemandu Grab, dua lelaki menunggu berhampiran keretanya.

“Encik dah lebih tiga bulan tak bayar installment. Bank mau tarik ini kereta” kata lelaki berbadan gempal berambut flat-top.

Iskandarpasrah. Hampir dia menangis ketika menghulur kunci.

Sebatang rokok dinyalakan. Diharap kimia-kimia dalam rokok dapat memberi ketenangan kepada jiwa berkecamuk.

Iskandar menghela panjang. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidung. Diamendongak ke langit, melihat gerombolan awan hitam semakin memenuhi langit.

Pada usia 32 tahun, Iskandar telah hilang segalanya.

Poketbergetar.

Skrin telefon memapar notifikasi Whatsapp dari nombor tidak dikenali. Mesejnya ringkas.

“Salam Is. Ini Johan, housemate masa di uni. Apa khabar?”

Kali terakhir dia bertemu Johan adalah 10 tahun dahulu, pada hari terakhir di rumah sewa. Sebelum itu juga mereka jarang berbual, dan kalau tak kerana pengurusan kediaman pelajar meletakkan dia dan Johan serumah, mungkin Iskandar tak tahu pun kewujudan si Johan.

“Wslm.Apa cerita ko? Gila lama tak dengar khabar. Mana dapat nombor aku?” balas Iskandar.

Telefon berdering.

“Hellooo brooo” agak aneh mendengar suara girang Johan. Jauh berbeza dibandingkan introvert Johan yang dikenali pada zaman universiti.

Bertanya khabar lebih kurang, mereka bersetuju untuk bertemu di restoran mamak berhampiran rumah Iskandar keesokan hari.

Johan mengakhiri perbualan dengan kata-kata “Tak sabar nak jumpa ko. Aku ada benda best nak cerita”.
  
Iskandar mengeluh. Rasa nak tergelak pun ada. Tak sangka taktik lapuk agen MLM masih diguna pakai zaman sekarang. Lantak kau lah Johan kata Iskandar dalam hati. Dapat juga makan percuma besok.

***
Demi dibelanja makan tengahari, Iskandar sanggup meredah hujan menuju ke restoran mamak. Dia hanya membawa tiga ringgit, cukup bagi membayar segelas milo ais. Restoran yang biasanya sesak ketika waktu makan tengahari agak lengang. Mungkin kerana hujan lebat jadi ramai memilih berada di pejabat atau di rumah sahaja.

Mungkin juga Johan tak akan datang.

Iskandar agak risau. Dia benar-benar mahu menikmati nasi kandar pada tengahari itu. Bukan kerana hadap sangat lauk-pauk di restoran tersebut tetapi setelah bertimpa-timpa ujian diterima, Iskandar mengharapkan hatta secebis kebaikan untuk mengetahui ada yang masih menghargai dirinya diluar sana, walaupun ada agenda tersembunyi.

Kereta BMW putih berhenti di depan restoran. Seorang lelaki keluar dari perut kereta dan berlari anak ke dalam restoran. Selain dari kelihatan lebih bergaya, rupa paras Johan tak berubah. Rambut belah tengah dan kaca mata Johan masih seperti di ingati Iskandar.

Iskandar mengangkat tangan. Senyuman dari telinga ke telinga mengiringi langkah Johan menuju ke arah meja Iskandar.

“What’sup bro” tanya Johan sambil menyambut salam Iskandar yang disusuli calitan ibu jari.

“Okeyje lah. Surviving” balas Iskandar ringkas.

“Dah order ke?” soalan ditunggu-tunggu Iskandar.

Juadah makan tengahari Iskandar agak meriah pada hari itu. Ihsan dari Johan. Tak timbul sedikit pun rasa bersalah kerana Iskandar menganggap ini adalah harga kepada sesi jual air liur terhadap apa jua bisnes MLM dilakukan Johan.
  
Kereta mewah putih, baju kemeja ketat, gajet Apple terbaru disusun berderet atas meja,ini semua tipikal geng skim piramid.
  
“Kau kerja apa sekarang Is?” tanya Johan.

“Tak kerja. Kontrak aku office tak sambung. Lepas tu aku bawak Grab kejap sampailah bank tarik kereta aku sebab tak bayar” jelas Iskandar tanpa segan-silu. Dia sudah tak kisah pandangan orang terhadap kegagalan hidupnya.

“Kira nasib baik jugak la aku contact kau balik” kata Johan. Zip bag klac Louis Vuitton dibuka untuk mengambil sesuatu.

“Camnila Johan. Apa-apa bisnes MLM ko aku okey je. Ko nak aku ikut talk pun takdahal.Tapi aku nak bagitau ko satu je la. Aku takda duit bro. Ko nak aku bayar yuran semua tu, memang terus-terang cakap aku kopak gila sekarang”

Johan ketawa.

“Kau ingat aku ni hina sangat ke sampai join MLM. Apa kau ingat aku ajak lepak ni sebab nak jual MLM ke?”

Iskandar tersenyum sinis. Macam lah dia naif sangat sampai tak tahu taktik orang MLM. Ibarat bertanya kepada orang gila samada dia gila atau tak, mana ada yang nak mengaku.

Sekeping kad putih kecil dihulur kepada Iskandar.

Johan Amin
Pengarah Urusan
Jzen MindWare Sdn Bhd

“Aku offer gaji sepuluh ribu sebulan. Full medical coverage kau satu family dankontrak setahun. Berminat?”

Iskandar terdiam. Terlalu banyak emosi dan persoalan bercampur baur dan dia tak tahu nak mula proses yang mana satu.

“Ke..Ke..Kerjaapa ni Johan?”

“Jadi tester. Jumpa besok kat office aku pukul 10 pagi?” jawab Johan seraya memanggil pelayan.

“Okey bro” Iskandar tanpa berfikir panjang bersetuju. Sekurang-kurangnya, dia tahu bukan MLM. Dia rasa lah bukan MLM. Tapi kalau iya pun MLM, layankan saja lah.Bak kata orang putih, ‘beggar cannot be chooser’.

Johan membayar harga makanan lalu meminta diri. Tak sampai setengah jam dia di restoran. Makanan yang di pesan pun belum sampai semua. Sebelum beredar, Johan memberi duit tambahan lima puluh ringgit kepada Iskandar, sebagai belanja tambahan sekiranya tak cukup hidangan dipesan.

“See you tomorrow Is” ucap Johan sebelum berdesup pergi dengan kereta mewahnya.

Semalam Iskandar berada di tahap terendah dalam hidupnya, dan pada hari ini, bekas teman serumah yang kali terakhir bertemu sedekad lalu muncul secara tiba-tiba, menawarkan kerja dengan gaji sepuluh ribu ringgit sebulan.

Dan Johan masih tak memberitahu dari siapa dia dapat nombor telefon Iskandar.

Kad nama Johan dibelek. Di belakang, tertera sebaris ayat...

we specialized in memories archiving solution. we help you relived your most memorable nostalgia.


-> bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2021 11:28 AM | Show all posts
bersambung bila?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 03:55 PM | Show all posts
Is their great post about any MEMORY you should define your memory and I remind me my lasted semester is a university my mind is totally upset because not found to the great writer and last days on submission essays and assignments but also founding and second last day found Make My Assignment in Malaysia and they are the proper help for Me.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 04:47 PM | Show all posts
When you write an essay, break it up into sections. Break your essay up into an introduction, a body, and a conclusion. Don't be afraid to write about something you're passionate about. You'll want to make sure that your topic is something you're  best nursing paper writing service about and that you'll enjoy writing about. Once you've come up with a topic, begin brainstorming ideas to support it. You don't have to come up with a million ideas to support each key point, but you'll want to have a few.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.042393 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list