CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1432|Reply: 2

[Sabah] Covid19 20/04/2021

[Copy link]
Post time 20-4-2021 07:52 PM | Show all posts |Read mode
20 APRIL 2021 (Selasa)


Daerah Tawau terus menjadi penyumbang tertinggi kes Positif COVID-19 harian di negeri Sabah dengan terdapat 37 kes direkodkan hari ini.

Sementara itu, taburan lokaliti terlibat kes COVID-19 tertinggi bagi daerah Tawau iaitu Kampung Tanjung Batu Darat 8 kes diikuti Kampung Baru Pasir Putih, Taman Semarak Megah dan Kampung Batu Payung masing-masing merekodkan 3 kes.

Berikut senarai keseluruhan lokaliti terlibat kes COVID-19 bagi daerah Tawau : -
1. Taman Sri Semarak (PPR) – 1 kes
2. Taman King Fook – 2 kes
3. Kampung Tg Batu Darat – 8 kes
4. Taman Semarak Megah – 3 kes
5. Kampung Baru Pasir Putih – 3 kes
6. Kampung Batu Payung – 3 kes
7. Kampung Muhibbah – 1 kes
8. Batu 5 Jalan Apas  – 2 kes
9. Kampung Sungai Buaya – 1 kes
10.  Kampungg Setinggan Tawau lama – 1 kes
11.  Taman Wawasan – 1 kes
12.  Taman Sri Apas (PPR) – 2 kes
13.  Taman Hot Spring – 1 kes
14.  Taman Sri Balung (PPR) – 1 kes
15.  Perumahan Sawit Kinabalu Apas Balung – 1 kes
16. Tanjung Batu Tanah Merah – 1 kes
17. Tanjungg Batu Laut – 1 kes
18. Taman Sri Bukit Gudang 4 (PPR) – 1 kes
19. Taman Sri Utama – 1 kes
20. Taman Da Hua 3 – 1 kes
21. Batu 2 Jalan Apas – 1 kes

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2021 08:02 PM | Show all posts
*Covid-19 : Sabah Update (20/04)*
*Kes baru : 82*
Tawau 37
Kota Kinabalu 10
Lahad Datu 8
Sandakan 6
Kunak 5
Penampang 3
Putatan 3  
Kuala Penyu 3
Semporna 2
Ranau 2
*1 Kes*
Kudat, Papar, Keningau.
*Sifar (0)*
Beluran, Telupid, Kinabatangan, Kalabakan,
Tongod,Pitas, Kota Marudu,
Kota Belud,Tuaran, Beaufort,
Sipitang,Tenom, Nabawan,
Tambunan.
*Tidak ada kluster baru*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 08:09 PM | Show all posts
KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan di Semporna melibatkan para pelajar di Maktab Rendah Sains MARA.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun berkata kluster berkenaan adalah Kluster Tagasan di mana kes indeks adalah pelajar Tingkatan 4 yang disahkan positif hasil saringan bergejala di sebuah klinik kesihatan pada 8 April 2021.

Jelas beliau, susulan kes itu, saringan kontak rapat mendapati empat lagi pelajar serta seorang pemandu di institusi berkenaan dikesan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak enam kes.

Tambahnya, aktiviti pengesanan kontak rapat dan punca jangkitan sedang giat dijalankan.

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Masidi berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 19 April 2021 adalah sebanyak 125 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,910 kes dan dua kes kematian direkodkan di daerah Tawau.

"Daripada 125 kes positif COVID-19, sebanyak 62 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 12 kes saringan bergejala, 45 kes dari kluster baharu dan sedia ada serta enam (6) kes dari lain-lain kategori," katanya.

Bagi jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh, Masidi berkata adalah sebanyak 125 menjadikan jumlah kumulatif 55,254 orang.

"Seramai 1,008 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 309 orang di hospital, 635 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 64 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.

"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 55 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)," terangnya.

Selain itu, Masidi berkata kes jangkitan COVID-19 mengikut daerah menunjukkan daerah Kinabatangan berubah dari Zon Kuning ke Zon Jingga dan menjadikan pecahan daerah mengikut zon adalah Zon Merah enam daerah, Zon Jingga empat daerah, Zon Kuning 11 daerah manakala Zon Hijau enam daerah.

Dalam pada itu, Masidi mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Murni C, Nabawan pada 20 April 2021 seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Berkenaan statistik vaksinasi, beliau berkata terkini seramai 13 orang telah menerima suntikan vaksin harian Dos 1 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50,793 orang, manakala bagi Dos 2 vaksin Pfizer BioNTech, seramai 35 orang telah menerima suntikan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 42,150 orang.

"Bilangan pendaftaran penerima vaksin hari ini sejumlah 2,209 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar setakat ini sebanyak 429,143 (mysejahtera 391,837 : laman web 37,065 : talian vaksinasi 241) bersamaan 14.6 peratus," katanya serta menyeru masyarakat agar segera mendaftarkan diri untuk menerima vaksin COVID-19 melalui MySejahtera.


Safrah Mat Salleh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.593349 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list