CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1164|Reply: 0

[Sabah] PKPD – KOSONGKAN RUMAH, BERDEPAN TINDAKAN KUARANTIN WAJIB DI PUSAT KUARANTIN (IP

[Copy link]
Post time 13-4-2021 11:47 PM | Show all posts |Read mode
PKPD – KOSONGKAN RUMAH, BERDEPAN TINDAKAN KUARANTIN WAJIB DI PUSAT KUARANTIN (IPG BALUNG)




TAWAU; 12 APRIL 2021 (Isnin) – Penduduk yang didapati mengosongkan rumah sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Tawau akan diarah melakukan ‘swab test’ setelah selesai PKPD dan bakal dikuarantinkan sekurang-kurangnya 14-hari di pusat kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Balung.
Pegawai Pejabat Kesihatan Tawau, Doktor G. Navindran berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan membuat tindakan itu setelah mendapati ramai penduduk ingkar dengan mengosongkan rumah masing-masing samaada berpindah ke rumah keluarga atau rumah ibubapa yang bukan di kawasan PKPD.
Beliau berkata demikian kepada RTM di pejabatnya di Tawau.
Beliau berkata, dianggarkan 20 hingga 40-peratus penduduk di kawasan PKPD telah mengosongkan rumah masing-masing sehari sebelum pemasangan kawat berduri atau penutupan jalan dilakukan pihak berkuasa.
Menurutnya juga, perbuatan tersebut adalah tidak bertanggungjawab sama sekali dan risiko pembawa penularan COVID-19 ke kawasan lain serta menjangkiti ahli keluarga dan orang lain adalah amat tinggi.
Beliau turut merayu penduduk di kawasan yang dikenakan PKPD agar membuat swab test yang dibuat pihaknya secara berterusan dikawasan-kawasan berkenaan.
Jelasnya, jika didapati kesemua penduduk memperoleh keputusan saringan COVID-19 adalah ‘negatif’ dan diistihar selamat, PKPD berkemungkinan akan ditarik balik lebih awal.
Beliau juga merayu agar penduduk Tawau terus kekal di rumah, dan tidak keluar melainkan urusan kecemasan selain mengamalkan kebiasaan baharu dengan amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) kendiri dengan ketat.
Kini, terdapat 13 lokaliti kesemuanya di daerah Tawau yang dikenakan PKPD berikutan peningkatan kes mendadak di daerah ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
Sementara itu, pasukan keselamatan dilihat sedang giat memasang kawat duri di semua kawasan terlibat PKPD bagi menghalang pergerakan penduduk keluar dari kawasan kediaman. Sumber :- RTM Sabah

kredit : suarasabahtoday 12/04/2021


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.635781 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list