Pertukaran Terma Panggilan Sarawak dan Sabah Kepada Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah
Maksud wilayah Sarawak berbeza dengan Wilayah Persekutuan
KUCHING: Jangan keliru dengan pengiktirafan Sarawak seba
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, terdapat sesetengah individu yang keliru akan maksud tersebut dan menganggap ia sebagai terminologi.
“Saya tahu ada ahli politik tertentu berpendapat menggunakan istilah tersebut menjadikan Sarawak dalam kedudukan yang lebih kecil berbanding negeri.
“Saya minta beliau belajar balik bahasa Melayu dan lihat perbezaan besar istilah antara (maksud) wilayah dengan Wilayah Persekutuan,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak 2021 di sini, hari ini.
kredit :
https://suarasarawak.my/maksud-wilayah-sarawak-berbeza-dengan-wilayah-persekutuan/
Wilayah Sabah, Sarawak: KKMM Laksana Pertukaran Nama Cawangan
8 APRIL: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang melaksanakan pertukaran nama cawangan bagi semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak.
Sumber KKMM, berkata pelaksanaan itu dilakukan susulan keputusan dan arahan diperoleh pada Mesyuarat Kabinet, semalam selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin awal bulan ini, mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta merta.
“Ya betul, kementerian sudah mengambil tindakan bagi meluaskan arahan pertukaran dibuat kerajaan ini, susulan keputusan dan arahan Menyuarat Kabinet, semalam.
“Pihak KKMM sedang melaksanakan pertukaran membabitkan nama-nama cawangan agensi-agensi di bawah kementerian ini di kedua-dua wilayah terbabit,” katanya ketika dihubungi PN BBC, hari ini.
BERITA YANG BERKAITAN
Isu Capal: Penjelasan JMNP dapat elak sikap label…
8, Apr 2021
Sultan Perak berkenan ringan hukuman seorang banduan
8, Apr 2021
Perdana Menteri ketuai delegasi Malaysia ke D-8…
7, Apr 2021
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah sedang atau bakal dijalankan KKMM berhubung pertukaran panggilan untuk Sabah dan Sarawak.
Katanya, istilah baharu wilayah untuk Sabah dan Sarawak itu juga akan digunakan dalam laporan berita, termasuk di stesen televisyen kerajaan dan semua pihak berkaitan.
Dalam pengumumannya itu, Muhyiddin memaklumkan pertukaran terbabit adalah bagi memisahkan Sabah dan Sarawak daripada panggilan ‘negeri’ yang digunakan kepada negeri lain di Malaysia.
Perdana Menteri berkata, panggilan wilayah itu akan digunakan kerana Sabah dan Sarawak adalah kawasan hebat, malah tidak boleh dianggap negeri kerana besar walaupun penduduknya tidak ramai.
Sabah dan Sarawak, katanya, memiliki kesatuan dalam kepelbagaian tanpa mengira bangsa dan latar belakang, sekali gus menjadi contoh kepada Malaysia daripada aspek kemampuan menegakkan perpaduan utuh. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
kredit : http://www.pnbbcportal.com/2021/ ... aran-nama-cawangan/
KUCHING: Pemimpin di Sarawak mengalu-alukan pengiktirafan wilayah diberikan kepada Sarawak, namun menegaskan ia tidak harus sekadar menjadi katakata, sebaliknya mesti ditentukan dengan jelas menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pengiktirafan status Sarawak harus dirujuk berdasarkan lima dokumen iaitu Laporan Suruhanjaya Cobbold; Perjanjian Malaysia 1963 (MA63); Laporan Antara Kerajaan (IGC); Akta Malaysia (UK) dan Akta Malaysia (Tanah Melayu) serta Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
“Bukan perbincangan, surat menyurat atau anggapan tetapi lima dokumen… apa-apa sahaja di luar lima dokumen ini, bukan merupakan sebahagian daripada dokumen yang dipersetujui untuk MA63.
“Sekiranya Kerajaan Persekutuan bersedia menulis semula MA63 dan semua empat dokumen berkaitan, saya mengalu-alukannya dengan sepenuh hati tetapi Perlembagaan Persekutuan mesti diperbaiki dan dipinda sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, Wan Junaidi yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersetuju dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menyerahkan kepada pakar undang-undang untuk menentukan istilah wilayah kepada Sarawak, yang kini masih dibincangkan di bawah MA63.
“Sekiranya seseorang yang belum membaca dan memahami dengan teliti lima dokumen berkaitan, yang terbaik adalah berdiam diri,” katanya.
Dr Awang Azman Awang Pawi
Baru-baru ini, kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dikatakan sedang melaksanakan pertukaran nama cawangan bagi semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak. Langkah ini dikatakan dilakukan susulan keputusan dan arahan diperoleh pada Mesyuarat Kabinet selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta-merta. Berdasarkan situasi ini, tindakan dilakukan hasil daripada keputusan dan arahan Menyuarat Kabinet, semalam.
Dikatakan juga istilah baharu wilayah untuk Sabah dan Sarawak akan digunakan dalam laporan berita, termasuk di stesen televisyen kerajaan dan semua pihak berkaitan. Tindakan ini dibuat untuk mengukuhkan dan membezakan Sabah dan Sarawak daripada panggilan ‘negeri’ yang digunakan kepada negeri-negeri lain di Malaysia.
PM ke Sarawak
Sebelum ini, dalam lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sarawak, beliau memberi jaminan hak Sarawak akan terus dilindungi berlandaskan Perlembagaan, manakala semua tuntutan hak negeri itu dinilai secara adil dan saksama. Langkah itu penting bagi memastikan setiap bantuan kerajaan dapat disalurkan kepada golongan sasar dan tidak ada yang ketinggalan.
Perdana Menteri juga menegaskan komitmen itu dizahirkan kerajaan menerusi penubuhan portfolio khusus bagi Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di peringkat Persekutuan. Selain itu, Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63), adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan hak adil dan saksama bagi rakyat Malaysia di Sarawak dapat dipelihara dan dipertahankan sewajarnya.
Lanjutan daripada ini, kerajaan Persekutuan sedang meneliti beberapa perkara yang berkaitan dengan hak Sarawak dan beberapa kemajuan dicapai menerusi peranan tiga jawatankuasa kerja yang mengesyorkan kepada MKMA63 berhubung cadangan penyelesaian mengenai isu spesifik berkaitan perundangan bagi rakan sekutu, keselamatan negeri dan sosioekonomi. Langkah ini selaras dengan hak negeri Sabah dan Sarawak dalam kerangka perundangan negara dan kerajaan berharap dapat meningkatkan hubungan antara wilayah ini dengan landasan lebih kukuh berdasarkan saling menghormati dan memahami. Perkara ini perlu diabsahkan melalui ordinan atau undang-undang agar tidak tergelincir daripada kehendak sebenar rakyat Sarawak.
Kontroversi
Bagi kalangan penduduk Sarawak, isu mengenai Perjanjian Malaysia 1963 adalah isu yang menambat hati mereka, khususnya mereka yang faham akan sejarah pembentukan Malaysia. Isu ini mendapat perhatian daripada golongan yang terpelajar dan terdidik, dan kini menjadi golongan profesional di sektor awam dan swasta yang berkhidmat bukan sahaja di Sarawak, malah berada di Semenanjung Malaysia, khususnya di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Di sinilah tempat pusat pentadbiran, pendidikan, perdagangan dan perniagaan serta tempat berkumpulnya gerakan aktivitis dan intelektual negara. Sebab itulah juga Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di Lembah Kelang.
Segala langkah, pandangan dan sikap kerajaan akan diberikan perhatian dan diberikan penilaian kritis bagi tujuan wacana ilmu dan penyebaran idea serta reaksi masyarakat diwakili oleh wakil rakyat dan kalangan cendikiawan awam negara.
Maka, langkah penukaran nama Sarawak dan Sabah daripada negeri kepada wilayah sebagai keputusan kabinet baru-baru ini mendapat perhatian besar, baik daripada masyarakat sivil di Sarawak, malah menular di serata tempat di seluruh negara.
Ketidakjelasan
Terdapat pihak mentafsirkan langkah ini bermaksud menyamakan Sabah dan Sarawak dengan wilayah-wilayah persekutuan seperti Labuan, iaitu kedudukan wilayah ini berada di tingkat yang lebih rendah berbanding negeri-negeri lain yang tidak mempunyai institusi Tuan Yang Terutama atau Gabenor. Istilah ‘wilayah’ ini dianggap mengelirukan, walaupun niat untuk mengangkat status Sarawak atau cuba bermaksud Sabah dan Sarawak adalah dua “wilayah” terpisah yang setara dengan Tanah Melayu, menjadikan tiga “wilayah” di Malaysia.
Hal sebenar yang hendak dimaksudkan adalah dengan pertukaran nama negeri ke wilayah tersebut Sabah dan Sarawak berada di tingkat lebih tinggi berbanding negeri-negeri di Semenanjung dalam konteks sejarah pembentukan Malaysia yang mempunyai status setara dengan Semenanjung. Namun, ini mengundang pelbagai reaksi dan perbahasan kalangan netizen Sarawak. Bermakna isu ini bukan sekadar untuk menekankan keperluan istilah yang “lebih tepat dan jelas” malah untuk menggambarkan kedudukan dan taraf Sabah dan Sarawak yang sebenar “bagi mengelakkan kekeliruan pada masa hadapan”.
Langkah besar perlu dibuat
Terdapat langkah lain perlu dibuat, langkah ini bukan sekadar melalui keputusan kabinet atau kenyataan Perdana Menteri semata-mata. Sebaliknya memerlukan komitmen yang lebih tinggi, besar, penuh integriti dan bertanggungjawab di peringkat Putrajaya. Hal ini bukan sekadar kata-kata atau tindakan bersifat retorik atau simbol semata-mata. Bukan juga sekadar kata-kata nama atau sedap disebut dalam sembang kedai kopi.
Sebaliknya, komitmen dan kejujuran sebenar perlu ada. Langkah ini tidak lain adalah dengan membawa pertukaran status negeri ke peringkat Parlimen barulah menjadi rasmi dan terikat atau legal binding dengan perlembagaan negara. Maka, perlu bentuk akta baharu pertukaran status tersebut negeri kepada wilayah.
Malah, dari segi nama atau istilah, wilayah juga tidak jelas sedangkan hasrat Sarawak adalah untuk meletakkan status Sarawak dan Sabah berstatus ‘negara’ yang jauh lebih besar konsep dan sesuai dengan tafsiran sejarah serta perlembagaan negara. Sudah tentu, sama ada konsep wilayah dan negara, atau mana-mana satu daripada istilah digunakan, akan lebih jelas apabila dijelaskan oleh definisi yang terdapat dalam akta ini.
Hal ini bermakna retorik pertukaran nama tidak akan membawa makna apa-apa selagi tidak ada yang konkrit melibatkan ordinan di Parlimen dan Perlembagaan negara. Ordinan ialah undang-undang diperbuat dengan beberapa cara, termasuk oleh Yang Di-Pertuan Aging ketika pengisytiharan darurat di bawah Fasal 150(2) Perlembagaan Persekutuan.
Untuk membuat ordinan undang-undang, pada masa kini sebenarnya peluang terbaik bagi Putrajaya dan kerajaan Perikatan Nasional kerana jika ordinan baharu dibentuk, tidak perlu melalui Parlimen kerana negara berada dalam tempoh darurat. Sepatutnya, inilah perlu dimanfaatkan untuk kepentingan dan hasrat Sabah dan Sarawak.
Di sinilah dapat dilihat bahawa Muhiyiddin Yassin mempunyai peluang terbaik untuk mengubah status negeri Sabah dan Sarawak daripada berstatus negeri ke berstatus wilayah atau negara dengan memanfaatkan masa darurat mengubal ordinan agar istilah dan konsep Sarawak yang baharu lebih jelas.
Seterusnya, sesuai dengan status baharu, jika dibentuk ordinan agar lebih sahih dan sah laku, maka konsep wilayah atau negara itu perlu disejajarkan dengan kuasa autonomi yang lebih jelas, khususnya dalam bidang pendidikan, perkhidmatan awam, hasil negeri seperti sumber minyak dan gas dan sebagainya. Maka tidak menjadi isu, atau disenyapkan apa-apa langkah apabila kerajaan negeri Sarawak melaksanakan pembaharuan hal ehwal aktiviti penerokaan sumber minyak dan gas, misalnya, kerana aktiviti sesuai dengan ordinan baharu yang digubal di Parlimen dan direstukan oleh Putrajaya.
Justeru, sekiranya sekadar menukar nama sahaja tanpa ikatan atau tanpa perubahan dalam konteks ordinan atau undang-undang di peringkat Persekutuan, maka status perubahan nama tidak akan memiliki makna besar, kepentingan dan kesan yang benar-benar dimahukan oleh rakyat Sabah dan Sarawak.