Fesyen Sopan Mualaf Korea, Ayana Moon Dipuji Ramai
Di Indonesia, nama Ayana Moon sememangnya terkenal dengan kisah penghijrahannya sebagai seorang mualaf dari Korea.
Model dan juga influencer memang popular dan sering dipuji oleh orang ramai mengenai penampilannya yang menutup aurat ketika berfesyen.
Citarasa dan gaya dalam berfesyen membuatkan para hijabis menjadikan Ayana sebagai ikon muslimah. Dan boleh dikatakan setiap gayanya dijadikan ikutan mereka.
Wanista kongsikan beberapa jenis gaya sopan dan muslimah Ayana Moon yang boleh kamu jadikan inspirasi dalam kehidupan seharian.
Skirt menyerlahkan lagi kemanisan seorang gadis
Foto – @xolovelyayana (Instagram)
Nampak sopan dan sesuai dipakai secara kasual atau rasmi
Foto – @xolovelyayana (Instagram)
Gaya head-to-toe tak pernah ketinggalan
Foto – @xolovelyayana (Instagram)
Rasa lebih konfiden pakai pakaian besar dan longgar
Selain kisah penghijrahannya, Wanista memang suka sangat dengan gaya-gaya Ayana Moon. Nampak sopan dan manis sangat.
Malah ianya mudah diikuti dan boleh dipakai sama ada secara kasual mahupun rasmi bergantung kepada situasi. Bagi hijabis yang tiada idea untuk bergaya, kamu boleh stalk dan gayakan kembali gaya Ayana.