Inilah Sebabnya Kucing Suka Bagi ‘Hadiah’ Bangkai Haiwan
Pernah tak anda terfikir, kenapa agaknya kucing anda selalu membawa pulang bangkai haiwan di rumah? Walaupun tingkah laku ini boleh mengejutkan anda kadang-kadang, sebenarnya ini adalah kelakuan yang baik untuk kucing anda. Ini bukannya bermaksud kucing anda nakal dan jahat tetapi mereka melakukannya berdasarkan naluri.
Macam yang anda tahu, kucing mempunyai gigi yang tajam, cakaran yang menusuk dan penglihatan malam dan kemampuan menyelinap mangsa secara senyap. Semua kualiti ini menjadikan kucing dapat menangkap mangsa dengan cekap. Kucing juga dibesarkan oleh ibu mereka yang mengajar mereka macam mana untuk hidup sendiri.
Kucing biasanya akan membawa pulang mangsa yang mereka buru ke tempat yang selamat untuk mereka tenang. Malang untuk anda, mungkin tempat yang selamat untuk mereka adalah rumah anda. Salah satu sebab yang lain adalah mereka membawanya pulang untuk dibawa main kemudian.
Kucing dilahirkan untuk memburu. Walaupun kucing peliharaan tahu bahawa mereka tidak perlu menangkap makanan mereka sendiri untuk hidup, mereka tidak dapat menahan keinginan untuk memburu. Sebilangan kucing yang memburu mangsa akan memberikan pemiliknya mangsa mereka sebagai hadiah.
Naluri mereka untuk membawa haiwan kembali ke tempat yang lebih selamat untuk dimakan juga bermaksud bahawa kadangkala haiwan yang mereka bawa tidak mati sepenuhnya. Sebab itulah ada kalanya mereka membawa pulang tikus atau burung yang masih hidup dan diletakkan di dalam rumah.
Menariknya, kucing melihat manusia sebagai pemburu yang tidak berpengalaman. Inilah sebabnya kenapa mereka membawa pulang haiwan mati betul-betul di hadapan anda. Mereka cuba mengajar kita macam mana untuk memburu seperti mereka. Ini pada dasarnya adalah cara kucing untuk memberitahu anda bahawa dia sayang dan ingin menjaga anda.
Post time 30-3-2021 07:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kucing meolss xbagi bangkai...die bawak hidup2..aritu penah die bawak balik anak biawak, anak ciksiti, anak ayam....die ingat tuan die nak bukak zoo ke
kucing aku kill rate dia 2 burung sehari... minggu lepas dia hidang bangkai2 burung depan porch dekat kereta.., petang tu, kereta kitaorg ja penuh taik burung.. gamaknya burung2 tu marah, member depa kena bunuh..
Saja meols mengadu pd si bulus,ada lipas besar masuk rumah.Dari dalam bilik dengar suara si bulus memanggil2 suruh meols keluar.Kelam kabut la pegi ke dia,ingatkan ada apa..rupanya nak tunjuk dia dah tangkapkan lipas tu