View: 4365|Reply: 31
|
Lagu Suhaimi Saad, Ina Naim terapi perubatan pelatih OKU, warga emas
[Copy link]
|
|
Lagu Suhaimi Saad, Ina Naim terapi perubatan pelatih OKU, warga emas
https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... tih-oku-warga-emas/
Oleh ZULHANIFA SIDEK
17 Februari 2021, 11:12 am
Nor Shahbuddin Monil (dua dari kiri ) bersama Mohd. Fared Abdul Ghani menyampaikan sumbangan makanan asas dan wang tunai kepada Suhaimi dan Ina di rumah mereka di Kubang Kerian semalam. Foto ZULHANIFA SIDEK
KOTA BHARU – Album sulung bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 41, bersama isteri, Nordiana Mat Naim atau Ina Naim,37, dan empat anak-anak mereka menjadi terapi kepada pelatih di Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPPDK) Bandar Botanik, Klang, Selangor pada bulan Ramadan ini.
Kumpulan nasyid anak-beranak itu dikenali sebagai Bismillah menampilkan sebanyak 10 buah lagu antaranya Selimut Putih, Bismillah, Zafrin Solawat, Keagungan Tuhan dan Kasihnya Ibu.
Pengerusi PPPDK Bandar Botanik, Datuk Nor Shahbuddin Monil berkata, pusat itu mempunyai seramai 45 orang pelatih yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
Katanya, pemilihan album keluarga Suhaimi itu merupakan salah satu usaha PPPDK Bandar Botanik untuk mempromosikan lagu-lagu yang berunsur ketuhanan yang sesuai untuk terapi pelatih.
“Lagu-lagu daripada album ini pastinya sarat dengan pengisian agama, selawat dan nasihat yang bersesuaian untuk halwa telinga pelatih-pelatih di PPPDK Bandar Botanik ketika bulan Ramadan.
“Pelatih di PPPDK terdedah dengan aktiviti terapi muzik bagi membantu menggalakkan peningkatan kesejahteraan, menguruskan tekanan, mengurangkan kesakitan, mengekspresikan perasaan, meningkatkan memori, komunikasi dan pemulihan fizikal. Jadi, pemasangan lagu nasyid sesuai untuk pelatih-pelatih,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan makanan asas dan wang tunai kepada keluarga Suhaimi dan Ina dirumah mereka di Kubang Kerian di sini semalam.
Mengulas lanjut, menurut Nor Shahbuddin, beliau akan mencadangkan pemasangan lagu-lagu kumpulan Bismillah itu di PPPDK lain yang merupakan pertubuhan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).-K!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hebat ss dan iza zaim
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
ooohh datuk ni yang bagi RM150 kat sogeisapkon rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
harap suara katak panggil hujan ina tidak menyebabkan kesihatan warga pppdk merosot |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 17-2-2021 12:04 PM
Dan dan gigih kata sebab dia bersedekah 15 hingget.
Nak tanya, mata haritu sakit kronik tiba2 dah cerah elok baik ye.
|
|
|
|
|
|
|
|
Celebrity juga dapat derma? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nk derma dorg ni? patut tangkap sbb abai anak2 tk sekolah bagai,
ntah apa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat apa bagi beras, barang dapur kat diorang ni? Diorang mana ada masak kat rumah? Hari2 makan kat kedai je...
Lagi satu albumnya dah siap ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok Sohai dan Ina dpt beras dan sardin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sohai laksa @dino tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Penyanyi idola dino ni
|
|
|
|
|
|
|
|
artis lain mampu ke buat album zaman sekarang?
hahahahahahahahahahahhahahhahahahahahhahahahahahhahahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Okla...dari geng2 artis yang scam, jadi duta scammer, baik lagilah dia ni. ada gak usaha nak meningkatkan pendapatan.
Tapi bab tak sekolahkan anak tu patutnye pihak berkuasa kena amik tindakan.
Kesian kat anak2 dia. Kalau taknak sekolahkan sekolah kerajaan pun, hantar lag belajar sekolah pondok ke. Kecik2 ni la sel2 otak nak berhubung.
Akupun takleh nak imagine anak2 dia kat rumah buat apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau suhaimi ni x bongkak, org xcerca dia.
Pusat ni pun, ramai lagi Artis lain yg bagus. Nasyid n selawat Nowseeheart pun bagus. underrated tau kumpulan Nowseeheart tu.
Pakai album maher Zain la. boleh ajar English sekali kat budak2. |
|
|
|
|
|
|
|
cyber_mania replied at 17-2-2021 02:37 PM
Kalau suhaimi ni x bongkak, org xcerca dia.
Pusat ni pun, ramai lagi Artis lain yg bagus. Nasyid n ...
Iols suka nowseeheart okeh
N saujana..
Best je sambil teringat zaman persekolahan gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Apesal bagi kat laki bini pemalas ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
depa dua tu sihat tubuh badan pi la cari keje.. ni pi bg bantuan kt depa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, pemilihan album keluarga Suhaimi itu merupakan salah satu usaha PPPDK Bandar Botanik untuk mempromosikan lagu-lagu yang berunsur ketuhanan yang sesuai untuk terapi pelatih.
wow, album ina, sohai dpt menembusi pasaran jabatan kerajaan...
tahniah...
ada cable car ke?
tak pe la rezeki mereka |
|
|
|
|
|
|
|
kita tgk lagi 6 bulan , tgk ada tak peningkatan kes pemulihan di kalangan pPPDK bandar botanik...
kalo ada pemulihan mendadak, tentu album ini akan di bawa ke WHO |
|
|
|
|
|
|
| |
|