Maksud Mimpi Melihat Orang Meninggal Kemudian Hidup Lagi
Bermimpi tentang orang yang telah meninggal dunia lalu hidup kembali pasti sangat menakutkan. Mimpi menyeramkan seperti ini boleh membuatkan kita berpeluh sejuk dalam tidur hingga terbangun seketika. Mimpi buruk boleh dialami semua orang tidak kira usia bahkan anak kecil sekalipun.
Tidak ada yang ingin mengalami mimpi buruk saat tidur, namun kita tidak dapat memilih dan mengatur seperti apa mimpi yang diinginkan.
Mimpi buruk boleh datang kerana pengaruh fikiran yang sedang kacau dan pengaruh keadaan psikologi, namun menurut sebagian ramalan dan tafsir, mimpi buruk juga mengandungi makna disebaliknya.
Seperti mimpi orang meninggal hidup lagi ini, apakah makna yang terkandung dibalik mimpi yang sangat menyeramkan ini?
1. Maksud Mimpi Orang Meninggal Hidup Lagi, Tanda Panjang Umur dan Mendapat Hidayah
Memimpikan orang yang meninggal lalu hidup kembali boleh maksud bahawa orang yang dimimpikan tersebut akan berumur panjang jika ia masih hidup.
Tidak hanya itu saja, orang yang dimimpikan juga berpeluang untuk mendapat hidayah pada kebaikan.
Jadi, meskipun menyeramkan, mimpi ini ternyata membawa makna yang baik.
2. Maksud Mimpi Melihat Orang Meninggal Hidup Lagi Petanda Baik
Erti lain dari mimpi orang meninggal namun hidup lagi juga menjadi petanda baik untuk diri kamu sendiri.
Ertinya adalah kemungkinan kamu akan mendapat suatu khabar yang baik tentang hal apapun.
Tidak hanya itu, dalam kesulitan dan kesusahan yang kamu alami, akan datang seseorang memberikan pertolongan yang akan membantu melepaskan kesukaran yang dialami.
3. Maksud Mimpi Bertemu Orang Meninggal yang Hidup Lagi di Dalam Mimpi
Kita pasti pernah bermimpi tentang orang yang telah meninggal dunia namun beliau hidup lagi di dalam mimpi.
Ketika orang meninggal hidup lagi dalam mimpi kita dan kita bertemu dengannya, ada beberapa makna yang terkandung dari mimpi bertemu orang yang sudah meninggal tersebut.
Yang pertama adalah, petanda bahawa kita akan mendapat pertolongan dikala sedang dalam masa sukar atau terkena musibah.
Yang kedua adalah, mungkin ada pesanan yang ingin disampaikan orang yang telah meninggal tersebut untuk kita yang ada di dunia.
Atau mungkin ada pesan-pesan terakhir saat beliau masih hidup namun lupa untuk kita tunaikan.
Dan mimpi orang meninggal hidup lagi juga merupakan wujud dari rasa rindu kita kepada orang yang telah meninggal tersebut.
4. Maksud Mimpi Saudara Kita Meninggal dan Hidup Lagi
Berbeza maknanya jika kita bermimpi tentang saudara kita yang masih hidup di dunia meninggal dunia, lalu ia hidup kembali.
Itu ertinya kita harus menjaga hubungan persaudaraan agar lebih baik lagi dan saling memaafkan satu sama lainnya serta menghindari dan mengakhiri segala pertikaian yang ada.
Makna lainnya adalah, saudara yang kita mimpikan ini akan mendapat umur yang panjang.
5. Maksud Mimpi Isteri Kita Meninggal dan Hidup Lagi
Bagaimana jika di dalam mimpi isteri kita yang meninggal lalu hidup kembali? Tidak jauh berbeza dari mimpi yang sebelumnya, yakni bermakna baik untuk isteri.
Ia akan mendapat berkat panjang umur dan sebagai suami kamu harus memperlakukan isteri dengan baik, memenuhi nafkah dan bertanggung jawab sepenuhnya kepada isteri dan keluarga.
6. Maksud Mimpi Diri Sendiri Meninggal dan Hidup Lagi
Ada dua makna yang terkandung dibalik mimpi melihat diri kita sendiri meninggal lalu hidup kembali.
Makna positifnya adalah, kita akan mengalami pelbagai perubahan yang positif dalam hidup dan perkembangan ke arah yang baik.
Namun, makna negatifnya adalah kamu akan merasa tertekan dengan situasi yang sedang dihadapi kerana tuntutan atau beban hidup yang cukup berat.
Wallahu a'lam.
p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.
Post time 12-7-2021 08:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ciklah pernah bermimpi arwah ayah .. tiap kali mimpi.. ada berkaitan dgn sihir yg dihantar dan tempat yg diletakkan brg sihir oleh imam selempang kuning, sebelah umah ciklah.. dan anak menantunya yg kat blkg umah ciklah..
mimpi orang meninggal tapi orang itu hidup lagi..lama pula tu lagi..
itu tanda orang itu akan dimatikan sifat lamanya...
sebagaimana lu kenal itu orang sebelum ini, sifat itu akan mati..
dia akan berubah menjadi manusia yang bukan sepertimana lu kenal sebelum ini..
Semalam adik bongsu iols mimpi arwah nenek.
Dlm mimpi tu, arwah nenek berada di kawasan yg malap dan suram.
Arwah mcm tgh tunggu adik iols.
Adik iols dlm mimpi tu dia naik kereta besar dan singgah di tempat arwah.
Beberapa bulan sblm ni,adik iols yg lain pun ada mimpi arwah nenek.
Situasi sama, arwah nenek ada di kawasan perumahan yg meriah, tapi rumah arwah kecik je sedangkan jiran-jiran arwah semua rumah besar dan mewah.
Iols pulak tak pernah mimpi apa-apa berkaitan arwah nenek setelah 3 tahun dia meninggal.
Iols nak tanya, adakah ini petunjuk or petanda apa-apa?
Or mimpi ini sekadar mainan tidur?