CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1871|Reply: 9

Atuk meningga, dilayan kasar ketika mohon rentas negeri

[Copy link]
Post time 15-2-2021 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Atuk meningga, dilayan kasar ketika mohon rentas negeri


Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 2.0 kembali dilaksanakan, urusan merentas negeri sama sekali tidak dibenarkan kecuali atas sebab-sebab mustahak.
Namun begitu, surat kebenaran merentas negeri perlu mendapat kelulusan daripada pihak balai polis terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.
Akan tetapi, banyak dakwaan berkaitan kesukaran mendapatkan kelulusan merentas negeri walaupun berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat.
Ibu dilayan macam sampah
Dalam satu perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Sarah Mustafa, dia memaklumkan bahawa ibunya dilayan seperti ‘sampah’ ketika memohon surat merentas negeri untuk menguruskan pengebumian datuknya yang meninggal dunia.



Tak sempat cakap dah potong
Menurut Sarah, ibunya dilayan dengan kasar dan tidak memberikan peluang untuk mereka menjelaskan situasi yang dihadapi ketika itu. Dia mendakwa anggota yang bertugas bercakap dengan sombong dan kurang ajar.
Jadi, mereka mengambil keputusan merentas negeri tanpa surat pelepasan dari balai polis tersebut. Dia bersyukur kerana pihak Sekatan Jalan Raya (SJR) memberikan kerjasama dan kebenaran memandangkan mereka mempunyai bukti surat kematian.

Ni bukan kenduri kahwin!




Di akhir perkongsian tersebut, pengguna Twitter berkenaan mengucapkan syukur kerana urusan pengebumian datuknya berjalan dengan lancar dan mereka dapat menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan.








Ramai yang pernah alami
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet turut berasa kesal dengan keadaan yang dialami oleh Sarah sekeluarga. Mereka menzahirkan ucapan takziah diatas kehilangan ahli keluarganya.
Dalam pada itu, ramai yang berkongsi pengalaman ‘pahit’ mereka yang sama seperti dihadapi oleh keluarga gadis terbabit ketika meminta surat kebenaran merentas negeri bagi urusan kematian.

Sebab tu ramai yang benci





Balik nanti, buat surat email ke biro pengaduan awam





“Yang berlagak biasanya anggota biasa je”





Sumber: Sarah Mustafa


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2021 12:04 PM | Show all posts
hubungi spital mintak surat

dpt surat print out

bawak la rentas roadblock

jiran aku atok dia meninggal

satu kerabat rentas negeri elok je

atok je pun

tk pun tngk gambar cam loaded je

serah je la 1000 kompaun pe susah

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Balai polis mn yg kerek sgt tu? Kalo bw bag penuh dgn duit dia kerek jgk x?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 12:08 PM | Show all posts
so mengadu kat twidder dapat apa?
i memang susah nak percaya budak-budak twidder punya cerita..
kadang orang tu arahan lain, nak bagi sedap cerita, tambah rencah sikit..

masa pkp pertama dulu pun i ada kes kematian..
pergi balai dorang kata tak keluarkan apa-apa surat..
cuma masa sjr tunjuk je surat kematian..
lepas tu ikut budi bicara anggota kat sana..
and lepas je i balik kampung..
surat pun tak print masa tu..
tunjuk dalam hp je..
i guess cara kita juga pengaruhi layanan orang lain..
cakap elok-elok, minta cara baik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 12:21 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-2-2021 12:08 PM
so mengadu kat twidder dapat apa?
i memang susah nak percaya budak-budak twidder punya cerita..
ka ...

welkam to twidderlaannddd

where truth is almost hard to find  


Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik no plate.tinggal buang nombor 6 jer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa percaya cerita twitter, KORANG MEMANG BODOH!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2021 03:05 PM | Show all posts
betul ke citer budak2 twitter ni? ke diorang ni yang start kerek dulu? dalam twit pun f-bomb sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai kdg2 susah nk prcaya warga Twitter ni.semuaaa org biadap dgn dia.semua insan teraniaya...hujung2 kang keluar cerita ko yg brlagak.
Ai balik kg sbb nk anto nenek g klinik ok jah..tunjuk buku klinik.dpt surat.setel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.149930 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list