CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1228|Reply: 1

Kesiannya ibu 4 anak ditahan positif dadah

[Copy link]
Post time 15-2-2021 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Kesiannya ibu 4 anak ditahan positif dadah


Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman menunjukkan seorang wanita dan anak-anaknya menyelongkar tong sampah untuk mencari sesuap nasi di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, bulan lalu.








Ditahan dirumahnya
Namun begitu, pada laporan Harian Metro hari ini, wanita tersebut dilaporkan telah ditahan pihak polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di rumahnya selepas positif dadah jenis pil kuda.

Baru lepas gian dengan adik
Ibu kepada empat cahaya mata berusia 36 tahun itu ditahan menerusi serbuan pada 8.30 pagi bersama adik lelakinya berusia 34 tahun.
Ketika ditahan, wanita tersebut berada dalam keadaan khayal selepas dipercayai baru selesai menggunakan pil kuda.


Akui tertekan dengan masalah hidup
Sewaktu ditanya mengapa mengambil dadah, wanita itu mengakui tertekan dengan keadaan hidup lebih-lebih lagi selepas ditinggalkan suami yang entah pergi kemana.
“Saya mengaku sudah lama mengambil pil kuda, tetapi berhenti sejak mengandung anak bongsu lebih dua tahun lalu. Namun, kini saya kembali menagih kerana tekanan hidup.”“Banyak masalah dihadapi termasuk memikirkan suami yang entah ke mana menghilang, kemiskinan hidup dan masyarakat sekitar sentiasa memandang serong terhadap saya sekeluarga,” Katanya.





Pernah berhenti ambil dadah sebelum ambil semula
Menurutnya, sebelum ini dia sudah berhenti mengambil dadah ketika hamil anak bongsu, namun kembali menggunakan barang terlarang itu ketika usia anak menjagkau setahun lebih.
Wang untuk membeli pil kuda juga diperoleh daripada hasil menjual besi buruk yang diselongkar dari tempat pembuangan sampah.


Ketua Pegawai AADK Daerah Tumpat, Siti Morni Mustafa berkata, serbuan itu dilakukan sempena Op Cegah di bawah Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan.
Beliau berkata, emapt individu ditahan iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 40-an itu ditahan di tiga lokasi berbeza.
“Seramai 10 anggota diketuai saya sendiri ke lokasi dikenal pasti dan keempat-empat individu itu ditahan di rumah masing-masing.“Ujian saringan dijalankan mendapati semua yang ditahan positif dadah jenis methampethamine dan masih di bawah pengaruh dadah ketika ditahan pagi tadi,”Jelasnya.


Menurutnya, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 8 (3) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 dan kesemua yang ditahan akan menjalani rawatan pemulihan di pusat pemulihan dadah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Fashion disaster nya pakai t shirt lengan prndek camtu pastu sarung tudung.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050884 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list