View: 2091|Reply: 8
|
Lepas viral, Roti Canai Janda di Derang dapat jual 400 roti canai dlm masa 5 jam
[Copy link]
|
|
400 roti canai licin dalam 5 jam
Oleh OTHMAN YAHAYA
12 Februari 2021, 9:10 am
ALOR SETAR – Rata-rata peniaga restoran dan gerai makanan meluahkan rasa lega dan bersyukur apabila premis masing-masing mula menerima pelanggan selepas dibenarkan oleh kerajaan bermula kelmarin.
Tinjauan Kosmo! mendapati peniaga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan dua pelanggan dibenarkan makan di satu meja.
Pemilik Kedai Roti Canai Janda di Derang, Norasiah Abdul Rahman, 47, berkata, suasana kedainya bagaikan ‘hidup’ semula apabila pelanggan dibenarkan makan di premis.
“Sebelum ini, kedai yang dibuka pada pukul 6 pagi, sunyi kerana pelanggan hanya dibenarkan untuk membungkus makanan,” katanya ketika ditemui di kedai­nya semalam.
Menurut Norasiah, sebanyak 400 keping roti canai jualannya juga habis lebih awal pada pukul 11 pagi semalam berban­ding pada pukul 1 tengah hari sebelum ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah Cawangan Kota Setar, Mohd. Kholib Hamid pula berkata, pemilik kedai makan dan restoran kini boleh menarik nafas lega apabila dibenarkan berniaga seperti biasa kelmarin.
“Saya percaya para peniaga akan mematuhi SOP yang ditetapkan dengan waktu operasi perniagaan bermula dari pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari,” katanya.
Sementara itu, pekerja swasta, Syazwana Mohd. Resaidi, 22, memberitahu, dengan kebenaran makan di premis itu, dia tidak perlu lagi tergesa-gesa memasak sebelum keluar atau pulang dari bekerja.
“Tambahan lagi saya boleh memilih sendiri menu kegemaran untuk sarapan, makan te­ngah hari atau malam di restoran,” katanya.
Bagi Mohd. Shahidan Abdullah, 24, yang bekerja sebagai buruh binaan pula, dia gembira kerana dapat menjamu selera dengan lebih selesa berbanding memakan makanan dibungkus sebelum ini.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Rezeki dia |
|
|
|
|
|
|
|
syazana ...kat ofis & rumah tak blh mkn ke.....
bungkus bawak balik mkm kat ofis, tak blh? |
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]jCf2Wr755kA[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau duda letak perkataan duda kat nama kedai adakah akan menarik bini2 orang datang membeli? |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah kedai kalau dah diviralkan pasti ada sambutan. Tambah dan boleh makan dikedai lagi ramai yang nak cuba rasa. Makanan kalau dibungkus selalunya kurang sambutan berbanding yang boleh makan dikedai. |
|
|
|
|
|
|
|
roti gulung duda terlajak
member aku punya penangan
viral beb sedap gilaaa
dtg kuantan meh try |
|
|
|
|
|
|
|
memang sedap kot roti canai dia.roti canai ni antara yg guilty pleasure.sedap tapi gigh calories. |
|
|
|
|
|
|
| |
|