CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2096|Reply: 7

Pengantin baru & 17 pengiring didenda langgar SOP

[Copy link]
Post time 5-2-2021 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 8-2-2021 11:11 AM

Sepasang pengantin yang baru selamat diijabkabulkan di Taman Nilam, Langkawi kelmarin ditahan pihak polis kerana melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.



Menurut laporan Malaysia Gazette, 17 individu lain termasuk ‘bridesmaids’ turut ditahan setelah membuat sesi bergambar di kawasan sungai berhampiran yang telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Video berdurasi 23 saat yang memaparkan pasangan pengantin dan pengiringnya menaiki lori polis juga menjadi tular di media sosial.

Kompilasi menuju ke balai polis




Video  : https://ohmymedia.cc/syok-berfot ... idenda-langgar-sop/

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari mengesahkan semua individu terbabit ditahan oleh sepasukan polis yang kebetulan sedang melakukan rondaan di lokasi berkenaan.

“Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun ditahan sebelum dibawa ke balai polis.
“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP,” jelasnya.
Selain itu, Shariman juga berkata bagaimanapun mereka telah dibebaskan pada hari kejadian selepas membayar jumlah kompaun yang ditetapkan.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik) & Twitter NorHadey

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ocpd baru.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 11:16 PM | Show all posts
Ramainya dan meriahnya sampai yang mengiring 17 orang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2021 11:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2021 11:18 PM | Show all posts
Supersirap replied at 5-2-2021 11:16 PM
Ramainya dan meriahnya sampai yang mengiring 17 orang

tergedik2 mesti la kna ramai2.. klu sorang2 nk tergedik2 mcm mana nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 11:26 PM | Show all posts
tu kawin , konpem dah selamat menikah.

yang bertunang ni apa cer? siap laga laga pipi bagai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapaaa..
Adik i nikah baru2 ni. Xde tetamu, xde bridesmaid
Yg dtg, mak ayh pengantin laki, dgn mak ayh pengantin pompuan.
Adik beradik, sedara mara semua xda..
Hantaran, pelamin, dan bj kawen ada gak la sbb dah tempah dah byr. Tp utk dia berdua bergambar je la.. Agknya 500 shot fotografer tu kat pelamin je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2021 11:58 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 5-2-2021 11:45 PM
Dah kenapaaa..
Adik i nikah baru2 ni. Xde tetamu, xde bridesmaid
Yg dtg, mak ayh pengantin laki,  ...

kalau nak tahu kat pendalaman kampung2 ni la liat nak ikut SOP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044676 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list