CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1564|Reply: 3

Bertindak selamba lepas terjumpa orang pakai baju sama

[Copy link]
Post time 4-2-2021 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Bertindak selamba lepas terjumpa orang pakai baju sama


Seperti yang dikongsikan sebelum ini, ramai akui apabila memakai pakaian sama dengan orang lain apatah lagi terserempak dengan mereka, ramai lebih memilih untuk mengelak kerana ada yang menganggap situasi itu seperti memalukan.

Walau bagaimanapun situasi seperti itu ibarat terjumpa jodoh buat seorang lelaki yang viral gara-gara terjumpa dengan seorang wanita yang telah memakai baju sama dengan dirinya.

Ini kerana, reaksinya yang terserempak dengan seorang individu yang memakai baju serupa dengannya lalu bertindak selamba malah sempat mengusik membuatkan ramai terhibur.

Pun begitu, menerusi laporan mStar, kejadian berkenaan didedahkan berlaku ketika lelaki itu sedang membuat rakaman food review di sebuah restoran pada minggu lalu.

Pemuda yang bernama Muhamad Shahrul Afizie Mohd Masli berusia 22 tahun atau lebih mesra disapa Shah ini mengakui semuanya berlaku secara spontan. Dia juga menafikan ia sudah dirancang lebih awal.

“Masa tu tengah shoot food review. Masa rehat sekejap, ada perempuan baju sama masuk. Saya nampak dan bagitahu kawan… rasa macam jodoh. Satu set pakaian sama.”



Dia pun ada pandang, tapi buat tak tahu je. Saya ikut dia ambil sos, kawan cabar duduk meja sebelah dia. Saja just tegur, tanya sedap ke? Dia senyum je,” katanya kepada mStar.

Pun begitu, dia turut memberitahu bahawa dirinya sekadar menyapa gadis itu dan tiada niat untuk menganggu privasi selain dia juga berkata segalanya berakhir di situ dan Shah juga tidak melakukan tindakan melampau terhadap gadis tersebut.

Untuk pengetahuan, lelaki viral pakai baju sama ini sejak tujuh tahun lalu juga sangat aktif menghasilkan video sehingga meraih lebih 100,000 followers menerusi Instagram.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 10:20 AM | Show all posts
bukan dia ni kes berjalan youtuber kena tangkap polis dah bebas? harap2 nama dia bersih. respect krew dia org masih terima
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 12:36 PM | Show all posts
Agak sukar nak elakan dari terjumpa orang pakai baju yang sama atau lebih kurang sama.  Lainlah baju tu ditempah khas atau dari butik yang bilangan pakaian yang dijual tak banyak berbanding pasaraya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 01:44 PM | Show all posts
dia rasa cm tak best bila jumpa org yg pkai baju sama pastu dia pkai baju tu nampak lg elok dari kau.. haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.331845 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list