View: 1280|Reply: 2
|
[SARAWAK] Ujian saringan COVID-19 besar-besaran di Sibu Jaya esok
[Copy link]
|
|
SIBU, 30 Jan -- Berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di Bandar Sibu Jaya di sini, satu sesi ujian saringan secara besar-besaran bagi penduduk bandar tersebut akan diadakan di Klinik Kesihatan Sibu Jaya, esok (Ahad).
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata sesi ujian berkenaan bermula 9 pagi hingga 2 petang dan penduduk yang akan hadir dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti menjaga penjarakan fizikal.
Beliau berkata sesi berkenaan dijalankan hingga 2 petang kerana spesimen yang diambil perlu dihantar segera ke makmal di Kuala Lumpur, Kuching dan juga di Sibu, manakala keputusan akan diketahui dalam tempoh 36 hingga 48 jam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saringan Covid-19 Besar-Besaran Di Sibujaya Ahad ini
SIBU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran di Sibu Jaya pada Ahad ini 31 Januari 2021 setelah kes Covid-19 turut dikesan di kawasan tersebut iaitu 89 kes.
Kepada penduduk Sibu Jaya, diharap berkerjasama untuk tampil secara sukarela melakukan ujian saringan Covid-19 bagi membolehkan pengasingan awal dapat dilakukan dan mencegah penyebaran daripada menjadi tidak terkawal.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semasa beratur membuat ujian saringan ... harap jaga jarak... pakai mask...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|