CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1393|Reply: 3

[SARAWAK] Tidur Di Kaki Lima Demi Wang Bantuan BPN

[Copy link]
Post time 28-1-2021 06:36 PM | Show all posts |Read mode


Akau Rabi ke bandar Kuching dari kampungnya di Sebuyau dengan satu tujuan iaitu untuk mengambil baki bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka yang layak.

Sama seperti beratus-ratus ribu orang lain di seluruh negara, dia turut terkesan dengan pandemik Covid-19 dan amat-amat memerlukan bantuan.

Dia tidak tahu bila tarikh tepat boleh mengambil wang tersebut, tetapi tetap meneruskan hajat ke Kuching.

Kini, warga emas berusia 73 tahun itu terpaksa tidur di kaki lima jalan berselimutkan sekeping kadbod pada waktu malam.

“Ini malam ketiga saya di Kuching,” katanya kepada MalaysiaNow ketika ditemui semalam di kaki lima, Jalan India, di belakang bangunan Electra House.

“Saya diberitahu oleh penduduk kampung, duit bantuan boleh diambil pada hujung bulan ini (Januari). Tetapi kerana tidak ada tarikh bila duit itu boleh diambil, jadi saya buat keputusan untuk datang ke Kuching tengok sendiri.”

Akau menempuh perjalanan sejauh 90km ke bandar Kuching bertemankan sebuah beg kecil mengandungi dompet dan beberapa helai pakaian – bukan sesuatu yang mudah buat seorang lelaki pada usianya.

“Saya tak boleh balik ke rumah kerana belum dapat wang bantuan tunai,” katanya.

Namun, bagi dirinya dan beratus-ratus ribu orang yang tinggal di kawasan luar bandar, bantuan tunai yang diberikan kepada kumpulan B40 dan M40 di bawah program Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) memberikan sedikit kelegaan.

Dan pada Akau, tidur di kaki lima adalah perkara yang berbaloi dilakukan.

Wang itu kebiasaannya akan dikredit terus ke dalam akaun bank pemohon yang berdaftar.

Tetapi kawasan luar bandar Sarawak tidak mempunyai perkhidmatan mesin teler automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang tunai.

Mereka yang tidak memiliki akaun simpanan perlu ke Kuching bagi mengambil bantuan tunai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Akau berkata cara termurah untuk dia ke Kuching dari Sebuyau dengan menggunakan “van sapu”. Kos sehala adalah RM40.

Sekarang ini, dia sudah sampai ke Kuching, dan berhasrat untuk tinggal di bandar itu sehingga dapat mengambil bantuan tunai miliknya kira-kira RM350.

“Saya tak boleh balik ke rumah kerana belum dapat wang bantuan tunai,” katanya.

“Dengan wang saku tak seberapa, sukar buat dirinya berbelanja jumlah besar semata-mata untuk kos pergi dan balik dari Sebuyau ke Kuching.”

Apatah lagi nak menyewa bilik di bandar.

“Satu-satunya pilihan tidur di kaki lima.”

Sedar tak sedar, sudah empat malam dia tidur di kaki lima, menunggu dan berharap pada keesokan harinya apabila terjaga daripada lena dia sudah boleh mengambil wang bantuan tunai miliknya.

Selepas itu, pulang ke kampung halamannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau la dia tengok yistana talib mahmad tu mcm mana msti dia menanfis kegembiraan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
printercomel replied at 28-1-2021 06:42 PM
Kalau la dia tengok yistana talib mahmad tu mcm mana msti dia menanfis kegembiraan

Hmm itu la. Yg kaya, kaya btl kat sarawak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 09:30 AM | Show all posts
Demi kelangsungan hidup.
Semoga di permudahkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.247234 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list