CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1486|Reply: 0

[JOHOR] TMJ Akui Gemar Mourinho, Cantona

[Copy link]
Post time 22-1-2021 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 24-1-2021 04:41 PM


Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto ihsan www.pageharimauselatan.com


Berita Harian

Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memilih pengendali Tottenham Hotspur, Jose Mourinho sebagai pengurus yang paling digemarinya.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendedahkan perkara itu ketika sesi soal jawab santai bersama peminat di ruangan akaun Instagram miliknya, semalam.

"Jose Mourinho, kerana dia adalah juara, jujur," kata TMJ ketika menjawab salah satu soalan yang diajukan peminat.

Pada sesi soal jawab santai itu, TMJ turut mengakui pemain bola sepak yang paling diminati beliau adalah bekas bintang Manchester United, Eric Cantona.

Selain itu, ada juga yang bertanyakan pendapat TMJ mengenai pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dan beliau menjawab: "Pada saya dia adalah seorang ahli perniagaan. Tiada lagi, itu sahaja."

Jawapan Tunku Ismail itu turut mendapat reaksi daripada Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham.

"Saya ambik risiko melabur dalam TRW adalah sebab perniagaan. Tiada sebab lain," kata bos The Red Warriors (TRW) itu menerusi akaun Facebook miliknya selain turut memuat naik tangkap layar jawapan TMJ mengenai dirinya.

"Bukan mudah buat perniagaan, lebih-lebih lagi beli pasukan yang sudah hampir karam. Tapi Insya-Allah kita boleh kembangkan semula TRW. Bagi saya masa untuk terus bekerja dan berkarya."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
KKM kata 1 dari 2 rakyat Malaysia adalah gemuk!Apakah yang berlaku?
YgBenarKKM kata 1 dari 2 rakyat Malaysia adalah
Views : 11043 Replies : 115
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119745 Replies : 3089
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 11519 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9343 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24250 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050443 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list