CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1363|Reply: 1

[SABAH] Anak gajah Borneo Pygmy ditemukan mati dalam ladang sawit

[Copy link]
Post time 22-1-2021 06:53 AM | Show all posts |Read mode


LAHAD DATU: Seekor anak gajah jantan Borneo Pygmy ditemukan mati oleh pekerja ladang sawit di kawasan sungai di Ladang Bagahak Saru, Tungku dekat sini pada Selasa.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu Silvester Saimin berkata bangkai anak gajah berusia kurang dua tahun itu dipercayai mati sejak seminggu lepas.

“Kesemua organ didapati mengalami autolisis teruk dan bentuk organ perut tidak dapat dinilai. Jantung dan paru-paru juga mengalami autolisis yang teruk.

“Punca kematian tidak dapat didiagnosis kerana bangkai mengalami autolisis yang serius,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, katanya sampel tisu paru-paru dan jantung haiwan itu sudah diambil bagi pengesanan Elephant Endotheliotropic Herpesviruses (EEHV) dan siasatan lanjut.

Silvester sebelum itu berkata bangkai anak gajah itu ditemukan dalam keadaan tidak mempunyai belalai, telinga kiri serta bibir kiri selain terdapat lubang pada bahagian perut disyaki dimakan haiwan pemangsa.

BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2021 09:03 PM | Show all posts
SANDAKAN

Badan Amanah Konservasi Gajah Bertanggungjawab (Respect) mencadangkan supaya Jabatan Perhilitan Sabah mewujudkan satu laman web berkaitan insiden kematian gajah bagi membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan kes membabitkan spesies terancam di negeri itu.

Pengerusi Protem Respect Alexander Yee berkata laman web berkenaan perlu mempunyai maklumat kes kematian, lokasi penemuan bangkai dan jika ganjaran diberikan kepada pemberi maklumat untuk mengesan pelakunya.

“Semua orang bertanggungjawab untuk memainkan peranan mereka dalam membantu meningkatkan kesedaran mengenai keperluan pemuliharaan yang serius dan bukan hanya menyerahkan tugas kepada pihak berwajib dan menyalahkan mana-mana pihak atau individu.

“Terdapat keperluan terutama di kawasan pantai timur Sabah, tempat gajah berkeliaran, untuk tampil menyampaikan maklumat mengenai pemburu haram atau individu lain yang mungkin secara langsung atau tidak langsung di sebalik kematian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yee berkata Respect prihatin terhadap laporan kematian gajah di negeri itu, terutama berkaitan penemuan bangkai gajah yang dipotong dan disiat di ladang kelapa sawit di Tongod, Kinabatangan pada 20 Jan lepas.

Beliau berkata insiden penemuan gajah mati memerlukan setiap pihak berkepentingan dan masyarakat untuk memainkan peranan dalam membantu pemuliharaan gajah di Sabah.

Mengenai dakwaan Jabatan Perhilitan Sabah tidak telus menyediakan data kematian gajah, Yee berkata beliau percaya semua yang terlibat dalam bidang hidupan liar di Sabah sedang membantu pemuliharaan gajah pygmy dan mengetahui usaha dijalankan adalah untuk menyelamatkan spesies terbabit.

“Jabatan Perhilitan agak telus. Kita hanya perlu terlibat lebih banyak dengan mereka.

“Saya menjalinkan kerjasama erat dengan Jabatan Perhilitan Sabah sejak lebih 10 tahun di Kinabatangan menerusi Persatuan Pengendali Pelancongan Kinabatangan Corridor of Life (KiTA) selaku presiden,” katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 2.383242 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list