CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1290|Reply: 6

[SARAWAK] Kerana mu Pasai

[Copy link]
Post time 22-1-2021 06:21 AM | Show all posts |Read mode
Kluster Pasai terus catat pertambahan kes, 1,768 masih menunggu keputusan makmal



KUCHING: Kluster Pasai, Sibu terus merekodkan pertambahan kes hari ini berbanding kluster lain yang masih aktif di Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata, bagi Kluster Pasai, terdapat penambahan 88 kes hari ini.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 982 kes.

“Sejumlah 8,250 individu telah disaring, dimana 5,500 negatif dan 1,768 masih menunggu keputusan makmal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JPBNS berkata, setakat hari ini terdapat lapan kluster COVID-19 masih aktif di Sarawak dan selain Kluster Pasai, antara lain Kluster Rakut di Miri turut merekodkan pertambahan iaitu 18 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 28 kes.

Katanya, daripada itu sejumlah 100 individu telah disaring, dimana 44 negatif dan 28 masih menunggu keputusan makmal.

Manakala bagi Kluster Bukit Sekubong (Sebauh), Kluster Jelita (Miri), Kluster Keranji Tabuan (Kuching), Kluster Bah Sayap (Miri), Kluster Stutong (Kuching) dan Kluster Mador (Meradong) semuanya tiada pertambahan kes hari ini.

Berhubung status, JPBNS berkata daerah Kuching, Sibu, Miri, Beluru dan Kanowit kekal berstatus merah dengan sejumlah 1,206 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lima buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Sebauh dan Dalat juga kekal berstatus jingga dengan 50 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Serian, Daro, Subis, Belaga, Betong, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Beluru, Selangau, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Bintulu, Limbang, Kanowit kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 87 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,”katanya.

Manakala 15 daerah yang lain kekal berstatus hijau, ujar jawatankuasa.

Jessica Jawing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2021 09:21 AM | Show all posts
bermula dari seorang ...

perang Covid masih berterusan ....


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:28 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-4-2021 01:21 AM
bermula dari seorang ...

perang Covid masih berterusan ....

yup berterusan sampai sekarang..
lagi2 bila start bukak sekolah bulan april.. byk kluster baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 09:30 AM | Show all posts
Vellfire replied at 21-4-2021 09:28 AM
yup berterusan sampai sekarang..
lagi2 bila start bukak sekolah bulan april.. byk kluster baru
tapi...
masih juga kedengaran suara tak puashati dengan tindakan kerajaan menyekat kemasukan dari luar... kena kuarantin dulu ..selama 2 minggu...

tak boleh bayangkan ... jika tiada tindakan tegas dari kerajaan Sarawak...



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:36 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-4-2021 01:30 AM
tapi...
masih juga kedengaran suara tak puashati dengan tindakan kerajaan menyekat kemasukan dari  ...

dahlah tempat kuarantin pun dah tak cukup
now.. yang close contact kena kuarantin di rmh..
swab kat poliklinik pasang gelang then kena kuarantin di rmh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 09:41 AM | Show all posts
Vellfire replied at 21-4-2021 09:36 AM
dahlah tempat kuarantin pun dah tak cukup
now.. yang close contact kena kuarantin di rmh..
swab  ...
di Kapit tuk lagi teruk...

kamekk jak malas maok up cerita pasal pusat kuarantin...
wat malu ja ...

kotor sik terurus ...
kesian nangga cdak nya ..
sampah sik d kutip...jamban xda kei cuci...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2021 09:44 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-4-2021 01:41 AM
di Kapit tuk lagi teruk...

kamekk jak malas maok up cerita pasal pusat kuarantin...

maksud kitak orang yang dikuarantinkah polah mcm ya?

kmk sik berani juak nak up apa2 cerita.. sebab apa2 yang kita type sitok
akan jadi tanggungjawab kita mpun

adik dan anak buah kmik baruk balit dari terengganu dan labuan
nak balit btu.. kenak kuarantin di sibo 14 hari.. sebab hotel dan Inn sitok semua penuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.072212 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list