CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1320|Reply: 4

'Nak Pergi Kubur Mama, Saya Rindu Mama'

[Copy link]
Post time 17-1-2021 02:00 PM | Show all posts |Read mode

Qairina di pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Politeknik Kok Lanas di kota Bharu, Kelantan. Foto Ihsan Ahmad Fakrur Ruzi Aziz


Harian Metro

Redzuan Muharam
[email protected]

Kuala Lumpur: "Saya nak pergi kubur mama, saya rindu mama saya," demikian jawapan seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui Shahrul Syaffiq Mohd Sallleh di Tanah Perkuburan Islam Politeknik Kok Lanas dekat Kota Bharu, Kelantan.

Kisah itu dikongsikan Shahrul Syaffiq, 25, menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya, kelmarin.

Perkongsiannya meruntun hati warganet dengan rata-ratanya mendoakan kanak-kanak itu tabah dengan pemergian ibunya.

Menceritakan kisah itu, Shahrul Syaffiq berkata, dia bertemu kanak-kanak perempuan itu secara kebetulan kira-kira 9 malam ketika berada di sebuah kedai tidak jauh dari tanah perkuburan berkenaan.

"Ketika itu, saya berada bersama dengan bapa saudara dan sepupu, kemudiannya ternampak seperti cahaya lampu dan kelibat orang masuk sebelum keluar daripada tanah perkuburan berkenaan.

"Kami pun pergi ke situ untuk melihat apa yang berlaku sebelum menemui tiga kanak-kanak perempuan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bagi mendapat kepastian, Shahrul Syaffiq mengajukan pertanyaan bagi mengetahui tujuan mereka ke situ sebelum seorangnya daripadanya menjawab mahu menziarahi kubur ibunya yang baru meninggal dunia.

"Jawapannya itu membuatkan saya hilang kata-kata kerana melihat kesungguhan mereka ke tanah perkuburan berkenaan pada malam hari.

"Kawasan tanah perkuburan itu agak gelap, namun kebetulan bapa saudara yang bertugas menjaga kebajikan kubur dan kami membantunya.

"Hampir 45 minit juga dia berada di situ sambil mengusap dan mencium tanah kubur selain meluahkan perasaannya sebelum sepupu saya menghantarnya pulang ke rumah.

"Jujurnya, saya sebak ketika mendengar luahan adik itu dan sekadar berkongsi kisah itu untuk menceritakan pengalaman dengan rakan di FB," katanya.

Sementara itu, Ahmad Fakrur Ruzi Aziz, 33, bapa kepada kanak-kanak terbabit berkata, kanak-kanak perempuan itu adalah anak sulungnya, Qairina Ameena berusia lapan tahun.

Menurutnya, dia tidak menyedari Qairina pergi ke tanah perkuburan itu bersama sepupu dan anak rakannya kerana sedang melakukan bacaan tahlil di surau berhampiran rumah mentuanya.

"Selesai bacaan tahlil di surau, saya mencari Qairina tetapi tidak menemuinya dan ketika itu baru sedar kehilangannya .

"Tidak lama itu, seorang lelaki menghantarnya ke rumah dan mulanya saya mahu memarahi Qairina kerana menyangka dia merayau pada waktu malam.

"Saya tidak jadi marah sebaliknya hati saya sebak apabila dia memberitahu ke kubur ibunya kerana terlalu rindu," katanya.

Menurut Ahmad Fakrur, isterinya, Nasuha Sulaiman, 33, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada Selasa lalu.

"Arwah isteri meninggal dunia empat hari selepas melahirkan bayi lelaki iaitu anak ketiga kami dan memang mengejutkan kerana dia tidak sakit sebaliknya mengalami sesak nafas dengan tiba-tiba.

"Diikutkan, arwah lebih rapat dengan anak kedua kami, Adam Mikael tetapi Qairina banyak membantunya.

"Memang sedih kerana selama ini, isteri banyak membantu saya menjalankan perniagaan mee celup di Bangi, Selangor.

"Allah lebih menyayanginya dan saya bersyukur apabila ramai mendoakan arwah isteri selepas kisah anak tular di media sosial dan menganggap itu rezekinya selepas meninggal dunia walaupun dia bukan individu berpengaruh," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
wahai anak...semoga Allah sentiasa melihat dan menjaga kamu dgn baik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 07:03 PM | Show all posts
Salah satu masalah sekiranya mendapat zuriat lambat
Umur ibu arwah umur 33 tahun.
umur anak sulung - 8 tahun
maksudnya 1st born tahun 25.
usia marriage lagi awal daripada tu.

Jarang orang meninggal ketika lahirkan
anak pada zaman moden ni
especially anak yang ke 3.

Anak perempuan ni mmg kena bagi perempuan
juga yang jaga. Nenek ke adik ke kakak ke Ibu saudara ke
tak boleh si bapa menjaga seorang diri.
hasilnya tak sama.
Sebab anak perempuan akil baligh lagi cepat
berbanding lelaki. seawal umur 9 tahun. so dia akan cari
seseorang yang dia boleh share experienced tu.
Kita orang lelaki tak paham sebab kita
tak ada experienced bende tu.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 04:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah.

Sedihnya tak tetbayang. Kita yg mak meninggal dah tue ni pun mengalir air mata tiap2 hari teringat arwah mak. Semoga dpt mak baru yg boleh jaga  anak tiri mcm anak sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.067436 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list