BEAUFORT: Polis kini lebih agresif dan tiada lagi tindakan berunsur nasihat terhadap individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan seterusnya mendidik masyarakat lebih patuh terhadap SOP ditetapkan.
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata pihaknya mengeluarkan kompaun terhadap dua pemilik restoran selepas membenarkan pelanggan makan di dalam premis semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuatkuasa.
“Kesalahan pertama membabitkan seorang lelaki berumur 58 tahun bertempat di sebuah restoran di Membakut.
“Seorang lagi pemilik wanita berumur 36 tahun turut dikompaun selepas melakukan kesalahan sama di Kampung Tinambak Kuala Penyu di sini kira-kira jam 9 malam,” katanya.
Tambahnya perbuatan pemilik premis membenarkan pelanggan duduk makan dan minum di restoran melanggar Per13(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit No.9 2020.