CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1860|Reply: 10

Buang Sampah Merata-Rata, Warga Maya Geram Alasan 'Mak Cik Myvi' - Projek MM

[Copy link]
Post time 1-12-2020 09:31 AM | Show all posts |Read mode


Jamilah Kamarudin

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Tindakan seorang wanita membuang sampah merata-merata dan enggan mengutip semula sisa yang ditinggalkan walaupun sudah ditegur mengundang kemarahan orang awam di media sosial.

Seorang lelaki memuat naik video menunjukkan seorang wanita sedang mengisi air kereta menggunakan air dalam botol plastik di sebuah tempat letak kereta.

Selesai menuang air ke dalam tanki air enjin, wanita itu kemudian dilihat dengan selamba mencampakkan botol ke arah beberapa botol plastik kosong yang terbiar di jalan raya.

“Kak botol tu buang dalam kereta lah kak...boleh simpan di rumah,” tegur lelaki yang merakam perbuatan wanita itu.

Namun teguran itu hanya dibalas ringkas oleh wanita yang dilihat dalam pertengahan umur:

“Tak apalah nanti ada orang kutip,” balas wanita pertengahan umur itu sambil menutup bonet hadapan kereta dan segera berlalu pergi.



Video dimuat naik @mbimuhammad semalam, dikatakan berlaku dekat sebuah stesen minyak, kini ditonton lebih 234,000 dan dikongsi lebih 4,000 pengguna Twitter.

“Jangan buang sampah merata okay. Kongsi video sampai Facebook biar akak ni tengok dan taubat.

“Cakap baik-baik pun tak nak dengar. Untuk kesedaran kita juga.

“Buang sampah merata-rata ini bukan budaya Malaysia, termasuk puntung rokok,” catat @mbimuhammad.

Rata-rata warga maya di ruangan komen geram dan marah dengan sikap yang ditunjukkan wanita itu.

Mereka berharap dengan kuasa media sosial dapat menyedarkan wanita terbabit agar tidak terus dengan tabiat yang sama.

“Nombor plat dah ada, cari alamat dia, kumpul botol banyak-banyak pergi buang kat rumah dia. Kalau dia tanya cakap kat dia 'nanti ada orang tolong kutipkan',” catat Ariff.M.Ahmad.

“Sikap ambil mudah dan tidak peduli akan kebersihan tempat sekitar,” catat @amirfirdhaus28.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak mampos pon xde kesedaran sivik.patutnya mamat ni baling sampah tu kat muka dia balik
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua ats didikan dan kesedaran diri sdr
Budak2 pun pandai kalau diajar dr kecik
Ank2 aku npk troli bersepah kat parking lot, automatik pergi kutip tolak kat tempat sepatutnya
Akak ni maybe xpernah diajar gitu atau berlagak mam besar, harap org lain clean after her
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 10:02 AM | Show all posts
amboi2....sedapnye kau statement nnt ada org kutip....biadap gila...sampah kau kot...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Husband iols penah tegur satu laki ni sbb lps mkn mcd terus buang sampah ikut tingkap, nasib la laki tu angkat tgn n kutip itu sampah. Kakak ni sejenis sampah masyarakat la mengharap org kutip sampah dia, euw.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
pprt nya perangai..drive myvi pulak lagi la busuk nama myvi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2020 11:25 AM | Show all posts
geram pulak tgk akak tu...netizen, jalankan tugas anda plis..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:36 AM | Show all posts
kan dah mendapat, terpapar muka kau kak kat medsoc. dek kerana botol 3-4 ketoi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 02:11 PM | Show all posts
mesti rumah luar dalam bersepah hapak berhabuk busuk

yucks
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 03:13 PM | Show all posts
Dah kalau dia seusia tu pun buat perangai macam tu bayangkan ahli keluarganya yang lain mesti perangai sama je macam tu.  Patutlah masaalah sampah tak pernah nak sudah.  Eloklah pihak PBT kuatkuasakan saman terhadap golongan macam ni.  Sambil dapat memastikan kebersihan terjaga duit PBT pun bertambah sama.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 04:04 PM | Show all posts
mesti duduk flet pprt
rumah berterabur
dapur berkecah sampah berulat
bilik air berlumut bertaik tepi jamban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.054740 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list