CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 846|Reply: 0

Terpaksa 'Tebal Muka'Demi Haiwan

[Copy link]
Post time 30-11-2020 03:16 PM | Show all posts |Read mode


Mengakui segan untuk meminta sumbangan orang ramai, tetapi pengurusan Zoo Negara di Ampang terpaksa ‘menebal muka’ demi kelangsungan hidup haiwan untuk terus bertahan sepanjang berdepan pandemik Covid-19.

Malah, kantung kewangan mereka hanya boleh bertahan dalam tempoh tiga bulan saja dengan pelbagai langkah penjimatan sudah dilakukan termasuk pemotongan elaun dan bayaran kerja lebih masa kepada 140 kakitangan di zoo yang terletak di Taman Zooview di sini.

Bagaimanapun, tumpuan kebimbangan pihak pengurusan lebih kepada ‘nyawa’ di zoo berkenaan iaitu 4,000 haiwan pelbagai spesies terutama kos makanan mereka yang begitu tinggi.

Bayangkan, kos makan sehari buat seekor harimau berjumlah RM160 bersamaan lapan kilogram daging atau ayam.

Di Zoo Negara, terdapat 19 ekor Harimau Malaya, harimau putih, singa, harimau kumbang (cheetah) serta singa putih dan jika dikira jumlah makanan mereka sekitar RM22,000 bagi tempoh seminggu.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @Rahmat Ahmat Lana berkata, sumbangan orang ramai sangat diperlukan ketika ini berikutan keadaan kewangan mereka tidak begitu kukuh untuk tiga bulan akan datang.

Katanya, pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, pihaknya ada memohon sumbangan orang ramai dan kutipan diperoleh hampir RM8 juta.

Katanya, pihaknya terpaksa mencari alternatif dengan turut meminta bantuan pelbagai agensi termasuk kerajaan yang menyumbang RM1.3 juta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.050100 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list