CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2053|Reply: 15

Edisi Jalan Raya Aku Punya Suka

[Copy link]
Post time 29-11-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by antikorokprovok at 29-11-2020 11:51 PM

Lokasi : Mutiara Rini, Johor Bahru

Memori daun pisang takkan terlupakan
Memori daun pisang menjadi kenangan






Update:

Pokok pisang punya pasal, terbongkar semua kesalahan trafik

Mohamed Farid Noh
[email protected]


Iskandar Puteri: Lelaki yang membawa sebatang pokok pisang menggunakan Toyota Vios di Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, petang semalam, bukan saja tidak memiliki lesen memandu malah mempunyai 18 saman trafik, empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun.

Video lelaki berkenaan yang memandu dengan membawa sebatang pokok pisang secara melintang itu tular di media sosial sejak petang semalam dan menerima kecaman pengguna jalan raya.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di Jalan Persiaran Utama, Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, jam 2 petang semalam.

"Pada jam 7.15 malam, pemilik kereta yang berada di Singapura berjaya dihubungi dan pada jam 8.30 malam hari sama, anak pemilik kereta hadir bersama kenderaan yang tular di video berkenaan.

"Berdasarkan keterangan lisan anak pemilik, kenderaan itu dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk upacara keagamaan di Taman Mutiara Rini.

"Pada jam 9.30 pagi tadi, lelaki berusia 30 tahun yang memandu Toyota Vios berkenaan menyerah diri ke Balai Polis Trafik Iskandar Puteri.

"Hasil pemeriksaan rekod saman lampau, pemandu berkenaan memiliki 18 saman trafik termasuk empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Video tular berdurasi 54 saat itu memaparkan rakaman pemandu yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu Toyota Vios kerana membahayakan pengguna jalan raya lain.

Zulkhairi berkata, pemandu itu disaman mengikut Kaedah 20 LN. 166/59 atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai.

Katanya, pemandu berkenaan juga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi tadi untuk menyelesaikan kes saman lampau yang berstatus waran tangkap.

"Secara keseluruhannya saman yang diselesaikan ialah sebanyak enam saman bernilai RM1,200.

"Kereta berkenaan disita mengikut bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen sehingga pemilik sah kenderaan hadir untuk diambil tindakan selanjutnya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Astagaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat kenduri kahwin ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:25 PM | Show all posts
Bahaya betul buat macam begitu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 29-11-2020 11:40 AM
Astagaaaa

Kalo nak jual kete.. sonang je.. brp byk boleh masuk
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:41 PM | Show all posts
@pyropura lahnat punya spesis ke nih

bodohhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2020 12:54 PM | Show all posts
Takde gambar pun
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 29-11-2020 12:32 PM
Kalo nak jual kete.. sonang je.. brp byk boleh masuk

Kenduri kot eh..tp kobid2 ni mende kenduri??sejenis yg tk syg kereta kikiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa K ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
2 kali aku refresh tapi pesal x nampak apa2 pun. Mana video/gambar? Aku kena scam ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 29-11-2020 12:41 PM
@pyropura lahnat punya spesis ke nih

bodohhh

Fake news, Dap dah takde. Kan semuanya bagus bawah gomen mulayu isele.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tak nampak gambar


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2020 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 29-11-2020 11:33 PM
Megikari replied at 29-11-2020 03:34 PM
2 kali aku refresh tapi pesal x nampak apa2 pun. Mana video/gambar? Aku kena scam ke ni?


Ivysaur replied at 29-11-2020 12:54 PM
Takde gambar pun




Video link daripada fb, mungkin tak supported.
Saya dah letak link youtube. Kalau tak nampak lagi, boleh beritahu..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2020 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 29-11-2020 10:45 PM
tak nampak gambar

Saya dah update letak link youtube.. kalu tak nampak lagi, inform saya..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Org sekarang ni taknak susah sikit. Semua benda nak senang. Cuba ko amik grab ke lalamove semua jenis lori pikap ada. Mentality nk senangkan diri tapi nyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorokprovok replied at 29-11-2020 11:30 PM
Video link daripada fb, mungkin tak supported.
Saya dah letak link youtube. Kalau ta ...

Ok dah ada dah.. Tq tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.181148 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list