"Hidup kami berubah sekelip mata apabila dapat beli motosikal dengan wang sumbangan orang ramai dan esok akan berpindah ke rumah sewa yang jauh lebih selesa dari sekarang.”
Itu kata Che Muhammad Arif Che Suhaimi remaja berusia 19 tahun menjaga ibunya yang menghidap strok hampir dua tahun lalu dan kisahnya pernah dilaporkan media sebelum ini sehingga pengorbanannya itu mengundang simpati serta pujian orang ramai.