CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 973|Reply: 3

12102020 Covid 19 Sabah

[Copy link]
Post time 12-10-2020 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Untuk makluman, Negeri Sabah menyumbang jumlah kes tertinggi secara keseluruhan pada hari ini iaitu sebanyak 291 kes (51.7 peratus). Ini susulan aktiviti saringan yang terus dijalankan di lapangan, terutama di pelbagai daerah PKPD dan PKPD secara pentadbiran.


Sabah juga mencatatkan kes kematian beberapa hari kebelakangan ini.


Bagi menangani isu peningkatan bilangan kes COVID-19 dan kes kematian disebabkan oleh COVID-19 di Sabah, KKM dengan kerjasama agensi lain telah;

• Menambah kapasiti katil untuk COVID-19 di hospital-hospital setempat iaitu, sebanyak 978 katil hospital dan 4010 katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (kadar penggunaan katil adalah 32 peratus) sehingga hari ini;

• Membina hospital medan bersama Angkatan Tentera Malaysia di Semporna;

• Mempergiatkan pengesanan kontak rapat, mengasingkan kes positif COVID-19, memberi rawatan awal; dan

• Menambah jumlah ventilator dan pakar bius di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Selain itu, susulan perluasan saringan COVID-19 di negeri Sabah, terdapat peningkatan beban makmal bagi pemprosesan sampel ujian saringan. Oleh yang demikian, KKM telah menambah kapasiti makmal di seluruh Sabah, selain bekerjasama dengan makmal swasta dan membawa sebanyak 2,223 sampel yang berlebihan ke makmal di Semenanjung Malaysia untuk diproses.

KKM juga ingin memaklumkan mengenai stok Personal Protective Equipment (PPE) di Sabah adalah dalam kesiapsiagaan yang mampan seperti yang telah dirancang oleh agensi pusat, KKM dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. KKM akan memastikan pengagihan kepada pihak yang memerlukan akan dilakukan secepat mungkin.

Untuk makluman semua juga, terdapat petugas kesihatan yang telah dijangkiti COVID-19 di negeri Sabah yang perlu dikuarantin. Untuk itu, KKM telah menggerakkan petugas kesihatan secara dalaman dan dari negeri-negeri lain ke Sabah bagi menangani isu kekurangan petugas kesihatan di hospital-hospital setempat. Selain itu, KKM juga menyeru penglibatan badan-badan bukan kerajaan untuk tampil menghulurkan bantuan ke Sabah bagi membendung penularan COVID-19 di negeri ini.

Credit DG Noor Hisham

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2020 10:13 PM | Show all posts
MAKLUMAN:

Orang ramai  yang pernah mengunjungi Restoran Anak Mami Jalan Bundusan dalam tempoh 24 September 2020 hingga 05 Oktober 2020 dipohon untuk mengisi 'google form' seperti dalam pautan yang disertakan.  Pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang akan menghubungi tuan/puan sekiranya perlu untuk tindakan lanjut. Segala kerjasama saudara saudari amat dihargai untuk kita sama-sama membendung penularan wabak COVID-19.

https://forms.gle/E7VjPsaKFmUakkUTA


- Jabatan Kesihatan Negeri Sabah



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2020 10:15 PM | Show all posts
shinichi replied at 12-10-2020 10:13 PM
MAKLUMAN:

Orang ramai  yang pernah mengunjungi Restoran Anak Mami Jalan Bundusan dalam tempoh 24  ...
Harap tak ramai la
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 10:23 PM | Show all posts
Edited by shinichi at 12-10-2020 10:25 PM

Conditional MCO: All EPF offices in Sabah temporarily closed from Tuesday (Oct 13) until further notice



PETALING JAYA: All Employees Provident Fund (EPF) offices and counters in Sabah are closed from Tuesday (Oct 13) until further notice due to the conditional movement control order (MCO).

In a statement on Monday (Oct 12), EPF said all prior online appointments at its offices in Sabah will be cancelled with immediate effect.

Members who have made appointments to visit EPF offices in Sabah during the conditional MCO will have to reschedule their appointments after the order is lifted, said EPF.

"Members and employers are urged to opt for EPF's online services, i-Akaun (Member) and i-Akaun (Employer), which are operating as usual.

"Payment for contributions can still be made through Internet banking or over the counter at registered bank agents," said EPF.

It also advised members and employers to obtain information only from EPF's official channels, adding that in this period of uncertainty, the EPF is committed to continue serving its members to the best of its ability via its physical offices and digital platforms.

"Our priority remains the health and safety of our members and employees. We regret any inconvenience caused," said EPF.

For any clarification, the public can call the EPF contact management centre at 03-8922 6000.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 1.768397 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list