CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1839|Reply: 13

Tiada tangan, kaki sempurna tidak halang lelaki ini jadi tauke permaidani

[Copy link]
Post time 11-10-2020 12:00 PM | Show all posts |Read mode
“SAYA rasa macam tiada masa depan, nak jumpa orang pun saya malu sangat. Bila ada saudara-mara datang berkunjung ke rumah, saya akan cepat-cepat menyorok dalam bilik dan menangis.“

Demikian luahan Mohd Sukur Ibrahim, 35, yang sebelum ini sangat terkesan apabila ditakdirkan dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan iaitu tanpa kaki dan tangan sempurna.

Pun demikian katanya, perasaan itu menguasai dirinya ketika dirinya masih kecil sahaja.

“Ketika usia lima tahun, saya sudah menyedari ‘perbezaan‘ ketara saya dengan adik dan abang. Saya rasa betul-betul down bila tengok mereka  boleh berjalan seperti biasa dengan tangan dan kaki normal. Sampaikan saya kata kepada emak, apa salah saya dilahirkan sebegini?

“Saya sampai tak mahu jumpa orang. Boleh dikatakan saya banyak merungut dan tanya pada mak kenapa diri macam ini? Namun, mak dan ayah tetap tidak berputus asa, terus berikan saya kata-kata semangat,“ kongsinya kepada SinarPlus ketika dihubungi tempoh hari.

Enggan menoleh ke belakang lagi, anak keempat daripada enam beradik terus mengatur langkah untuk membuktikan kemampuan diri.

Buktinya, beliau sendiri gembira dan berbangga berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat.

Dugaan, kejayaan

Kata Mohd Sukur, seperti manusia lain, beliau juga pernah gagal dalam hidup.

Masakan tidak, beliau tiga kali ‘tersungkur‘ ketika mahu memulakan langkah dalam perniagaan membekal dan memasang karpet.

“Kalau mahu cerita tentang semua itu, memang panjang. Namun yang ingin saya tekankan di sini adalah saya tak pernah berputus asa dan terus bangkit demi survival hidup.

“Saya akui pengalaman dahulu banyak mengajar saya tentang onak dan duri perniagaan dan sebab itu, saya amat mementingkan simpanan. Jika apa-apa berlaku seperti tsunami pandemik Covid-19, alhamdulillah kami okey.

“Pekerja masih boleh dibayar gaji dan walaupun tempahan dan pemasangan permaidani untuk kegunaan pejabat, masjid, surau, sekolah mahupun rumah tidak rancak seperti dulu, namun masih bersyukur syarikat masih mampu bertahan,“ katanya yang juga Pengurus D_Strike Solution.


“Sejak itu, kami menjadi rapat dan saya pun melamarnya sebagai isteri. Alhamdulillah dia menerima saya seadanya dan kini kami memiliki seorang anak lelaki,“ katanya.

Tidak mahu golongan kurang upaya lain masih meratapi nasib, beliau menitipkan kata-kata semangat seperti berikut:

“Jangan anggap diri tidak berguna kerana fizikal tidak sempurna dan jangan terlalu melayankan perasaan negatif dalam diri. Kena move on, ingat ALLAH sentiasa bersama kita. Kena cepat bertindak dan berusaha buat sesuatu setara dengan kemampuan diri. Saya pernah rasa susah dan sentiasa berusaha yang terbaik untuk diri dan keluarga.“

PROFIL

Nama: Mohd Sukur Ibrahim
Umur: 35 tahun
Asal: Sungai Udang, Melaka
Tahap pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat UKM
Kerjaya: Pengurus D_Strike Solution (pembekal dan pemasangan permaidani)
Facebook: Mohd Sukur Bin Ibrahim
Instagram: @sukuribrahim



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
CnP tak lengkap ke? Tiba2 jer kami mula rapat....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambau takde ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2020 04:28 PM | Show all posts

dah tak boleh uplod gamba untok hari nih..terlebih limit yang dibenarkan oleh forom
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 11-10-2020 03:20 PM
Gambau takde ke?

Leh tengok gambar dia kt IG : sukuribrahim chuols
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols selalu nampak abg Sukur ni dulu masa sekolah rendah sebab sekolah dia sebelah je dgn sekolah meols. Masa tu dia dah sekolah menengah. Dari dulu g dia mmg student yg baik & bijak. Setiap hari jumaat budak2 hostel termasuk abg ni akan jln kaki g masjid yg berhampiran. Kdg2 ada gk member2 abg ni yg dukung dia utk cross jalan & dukung for fun g & balik asrama Kisah abg ni mmg inspiring & patut dijadikan contoh terutamanya utk org2 yg sempurna fizikal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
URUHA replied at 11-10-2020 05:08 PM
Meols selalu nampak abg Sukur ni dulu masa sekolah rendah sebab sekolah dia sebelah je dgn sekolah m ...

Sekolah mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 11-10-2020 05:15 PM
Sekolah mana tu?

SMK Ghaffar Baba ~ Masjid Tanah, Melaka. Meols pun ex student situ gk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
URUHA replied at 11-10-2020 05:33 PM
SMK Ghaffar Baba ~ Masjid Tanah, Melaka. Meols pun ex student situ gk

Super2 junior ayah iols la ni. Tapi sukur ni macam pernah nampak. Tapi tak ingat kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 11-10-2020 05:46 PM
Super2 junior ayah iols la ni. Tapi sukur ni macam pernah nampak. Tapi tak ingat kat mana

Ayah chuols ex SGB & org Melaka gk ke? Maybe chuols pernah nampak abg ni kt Melaka kot sbb dia org Melaka. X pun kt KL / area Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols orang sg udang je. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 11-10-2020 06:26 PM
Iols orang sg udang je. Hehehe

Memang x pelik la kalau chuols pernah nampak abg Sukur. Meols org Semejid Tanah a.k.a #mastana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2020 07:44 AM | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 09:58 AM | Show all posts
dia ni dulu kat ukm disenangi je. masa awal2 masuk tu mmg femes la sbb first time oku fizikal agak ketara diterima masuk univ kot.
kalau kat kolej uo tu ada tangga tggi nak menuju ke kafe nati kawan2 akan angkat dia pegang kiri kanan pastu gelak2 sesama depa. happy je tgk kehidupan dia.
bagus la adek syukor berjaya merubah persepsi org terhadap oku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.069276 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list